spot_img
spot_img

Calon PM 7 : Anwar Utama, Hadi Pilihan Kedua

spot_img

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengungguli carta sebagai calon perdana menteri pilihan rakyat Malaysia.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Invoke Malaysia, Anwar mendapat sokongan sebanyak 23.5 peratus diikuti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat kedua sebanyak 17.6 peratus.

“Sementara itu, Penasihat Bersatu Mahathir Mohamad mendapat 16.5 peratus; Pengerusi Bersatu Tan Muhyidin Yasin 12.6 peratus; Naib Presiden PKR Rafizi Ramli 10.7 peratus.

- Advertisement -

“Serta Timbalan Bersatu Mukhriz 8.4 peratus; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah 4.5 peratus; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 3.5 peratus dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah 2.6 peratus ” kata Pengasas serta Penyelaras Invoke, Rafizi Ramli, pada sidang medianya di sini, hari ini.

Rafizi berkata, kaji selidik ini berdasarkan daripada jumlah keseluruhan responden iaitu sebanyak 17, 962 pengundi berdaftar yang ditemuramah Invoke menerusi talian telefon.

“Sebanyak 34.6 peratus pula memilih calon perdana menteri daripada kalangan pembangkang, manakala bagi 34.4 peratus memilih tidak menjawab dan 31 peratus pula memilih Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri,” katanya lagi.

- Advertisement -

Sementara itu, katanya bagi pecahan pilihan calon perdana menteri pilihan khusus daripada pengundi Melayu, kaum itu lebih memilih Hadi.

“Bagi pecahan sokongan daripada kalangan responden Melayu yang menamakan pimpinan pembangkang sebagai perdana menteri menunjukkan Hadi unggul di hadapan.

“Beliau memperolehi undian sebanyak 29 peratus, jauh meninggalkan ‘pesaing’ lain,” katanya.

Katanya lagi, Mahathir berada ditempat kedua iaitu sebanyak 18 peratus.

“Dan ia diikuti, Muhyiddin 15 peratus; Anwar 14 peratus; Mukhriz 12 peratus; Rafizi 6 peratus; Azmin 4 peratus; Wan Azizah 1 peratus dan Izzah 0 peratus,” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya pecahan mengikut kaum Cina pula menyaksikan Anwar mendahului calon lain, dengan jumlah sokongan sebanyak 35 peratus; Rafizi 19 peratus ,Mahathir dan Wan Azizah masing mendapat undi sebanyak 12 peratus; Muhyiddin 9 peratus, Izzah 7 peratus manakala Mukhriz dan Azmin masing-masing 3 peratus sementara itu Hadi paling tercorot 0 peratus,” katanya merujuk kepada kajian selama 3 bulan bermula 6 Februari 2017 ke 23 Mei 2017.

Sementara itu bagi sokongan bagi kaum India kepada calon pembangkang yang akan diangkat sebagai perdana menteri sekali lagi menyaksikan Anwar mendapat sokongan paling tinggi iaitu mendapat sebanyak 68 peratus undi, manakala Muhyiddin di tempat kedua sebanyak 15 peratus, Rafizi 7 peratus, Mahathir dan Mukhriz masing 4 peratus Azmin 2 peratus dan Hadi, Azizah dan Izzah masing-masing 0 peratus.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, secara keseluruhan Anwar mendapat sokongan paling tinggi merangkumi semua kaum.

Kaji selidik melibatkan temuramah melalui telefon di antara analis kaji selidik (penemuramah) dan pengundi (ditemuramah) menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Kaji selidik dijalankan selama lebih tiga bulan dari 6 Februari 2017 ke 23 Mei 2017.

Pengundi dipilih dan dihubungi secara rawak oleh sistem berkomputer Invoke.

Seramai 2.8 juta orang pengundi berdaftar dihubungi secara rawak.

Daripada jumlah itu, 168,796 orang pengundi mengangkat telefon dan 17,962 orang pengundi menjawab kesemua soalan yang ditanya.

Keputusan hasil dari kaji selidik melibatkan 17,962 orang pengundi berdaftar ini kemudiannya diterjemahkan kepada keputusan nasional mengikut agregat.

Keputusan 17,962 orang pengundi diagregatkan mengikut umur jantina dan kaum supaya melambangkan taburan demografi pengundi di seluruh negara.

Ia juga diagregatkan mengikut taburan pengundi di setiap negeri supaya melambangkan kedudukan kerusi Parlimen di seluruh negara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img