spot_img
spot_img

Bebas Anwar Untuk Kemaslahatan Sejagat-Tun M

spot_img

KOTA BHARU – Tindakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed yang menandatangani petisyen membebaskan musuhnya satu ketika dahulu merupakan satu tindakan yang harus dipuji bagi mencapai keadilan sejagat.

Veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim, berkata apa yang dilakukan Dr Mahathir merupakan perkara yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa sekatan.

“Jika beliau fikir Anwar harus dipetisyenkan dan diberi taraf baru selain dari dipenjarakan ini boleh dilakukan oleh sesiapapun malah oleh keluarga Anwar sendiri,” katanya.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran buku jejak Warisan Pembangunan dan Pembangunan Lembangan Sungai Pengkalan Datu Kelantan di Kota Pengkalan Datu Resort (Cerana Villa Resort) di sini kelmarin.

Rais berkata, Dr Mahathir merupakan agensi terdahulu yang mempunyai pendirian tegap (tetap) tentang Anwar. Namun mungkin kini beliau mahu melihat lembaran baru dan perkara yang dilakukannya ini dapat dibandingkan dengan apa yang berlaku sekarang.

“Saya sukacita dengan tindakan beliau dan apa yang dilakukan itu satu tindakan untuk mencapai keputusan dan keadilan sebaiknya,” katanya.

- Advertisement -

Kelmarin, Dr Mahathir menandatangani petisyen untuk membebaskan Anwar ketika menghadiri Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12 di Shah Alam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img