spot_img
spot_img

UMNO Perlu Lebih “Gentleman”

spot_img

KOTA BHARU – Umno dan BN Kelantan perlu lebih ‘gentleman’ dalam meraih undi masyarakat, bukannya cara ‘pintu belakang’ dengan mencuri pengundi dan sebagainya, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Menurutnya, parti politik yang ada di negeri ini seharusnya menghormati prinsip demokrasi yang digunakan terutamanya dalam menentukan siapakah yang layak mentadbir negara dan sesebuah negeri itu.

“Hormati demokrasi, lawan secara gentleman. Kita (Pas) memerintah Kelantan ini lebih 25 tahun, malah pemilihan adalah melalui demokrasi, bukan pintu belakang. Kalau melalui demokrasi, kita akan terima dan hormati, tapi jika tidak, memang kami tidak akan hormat. Sama juga dengan rakyat,”katanya kepada media, di sini.

- Advertisement -

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan wujud pemindahan pengundi di beberapa kawasan Dun terutamanya di Bukit Panau dan Temangan, bagi memenangkan Umno pada PRU akan datang.

Menurutnya, di Dun Temangan, untuk suku pertama 2017 sahaja hampir 700 pengundi dipindahkan daripada beberapa parlimen di negeri ini, termasuklah Dun Bukit Panau di Tanah Merah melibatkan lebih 1,000 pengundi dipindahkan.

Beliau juga memberitahu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu lebih berintegriti dan tidak menjadi alat kepada mana-mana pihak bagi memastikan keputusan PRU akan datang adalah berlandaskan demokrasi yang bersih.

- Advertisement -

“Kita tidak mahu SPR menjadi alat kepada mana-mana pihak. Kita tahu siapa yang buat, dan majoriti yang dipindahkan itu adalah ahli Umno. Buat masa sekarang ini kita dalam proses bantahan dan seterusnya laporan polis. Kami di pihak Pas sendiri akan melakukan solat hajat dan sebagainya,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img