spot_img
spot_img

Nazri Masih Mahu Berdebat Dengan Tun M

spot_img

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz masih sudi berdebat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya sudi, bila-bila masa di mana sahaja. Saya cuma mahu tanya sewaktu dia menjadi perdana menteri bagaimana dan dari mana beliau mendapatkan dana yang menyebabkan Barisan Nasional menang 5 pilihan raya umum,”

katanya di sesi dialog alumni Kelab Umno Luar Negara.
Menteri ini mahu tahu berapa banyak yang Dr Mahathir belanjakan untuk 5 PRU dan adakah masih berbaki.

- Advertisement -

Hadirin memberi tepukan gemuruh kepada kenyataan itu.
Debat Dr Mahathir-Nazri yang dinanti-nantikan 2 kali dibatalkan atas sebab keselamatan.

Pada 8 Mac lalu, Dr Mahathir mencabar Nazri berdebat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan RM2.6 bilion yabh dimasukkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Nazri terima cabaran itu.

Debat sepatutnya diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, Perak 25 Mac tetapi polis menolak permohonan penganjur.

- Advertisement -

Ia kemudian dijadualkan pada 7 April di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam tetapi polis menghentikannya selepas menerima bantahan dari penduduk setempat.

Pengasas dan pengarah urusan Karangkraf Hussamuddin Yaacub berkata polis sebelum itu meluluskan debat.

Apabila seorang hadirin bertanyakan benar debat mengancam keselamatan di lokasi yang ditetapkan, Nazri membidas polis kerana mereka yang menghentikan debat itu.

“Saya dapat tahu 5 laporan polis dibuat terhadap debat itu oleh 3 orang. Kandungan laporan sama.”
Nazri menambah antara yang membuat aduan adalah ketua Umno cawangannya (Padang Rengas), ahli pemuda Umno dan ketua kampung.

“Bila saya tanya mengapa, mereka jawab ‘polis suruh’,” katanya.
Nazri masih tertanya bagaimana debat itu akan memberi kesan terhadap keselamatan kawasannya.

“Tak masuk akal. Bagaimana mungkin debat ini akan jadi bergaduh?”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img