spot_img
spot_img

Debat Dr M Batal: Semua Arahan Polis-Nazri

spot_img

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa, pihak polis mengarahkan beberapa pemimpin Umno di Padang Rengas membuat laporan sehingga menjurus kepada pembatalan debat antara beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamed pada bulan lepas.

Berucap semasa majlis makan malam Alumni Kelab Umno Luar Negara di Kuala Lumpur malam tadi, ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, beliau hairan dengan alasan polis bahawa permit ditolak atas alasan masalah keselamatan.

“Saya minta pihak polis untuk lihat laporan. Mereka tidak tunjukkan kepada saya, tetapi saya dapat (laporan) juga.

- Advertisement -

“Semua lima laporan adalah sama (format) dan mempunyai kenyataan yang serupa,” kata Mohamed Nazri yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

Daripada lima laporan itu, Nazri juga mendedahkan beliau mendapati bagaimana seorang ketua cawangan Umno, pemimpin Pemuda Umno dan ketua kampung di kawasannya diarahkan oleh polis untuk membuat laporan terhadap debat yang sepatutnya diadakan di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar pada pada 25 Mac yang lalu.

“Ketiga-tiga mereka, apabila saya tanya, kenapa buat begitu? Mereka kata, ‘arahan polis’.

- Advertisement -

“Adakah kamu (polis) anggap ini sebagai jenaka? Bagaimana saya, sebagai seorang menteri, jika saya berdebat dengan Mahathir, boleh menjurus kepada pergaduhan?” tanya Mohamed Nazri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img