spot_img
spot_img

Buang Ego Anda Wahai Ahli Politik!

spot_img

SHAH ALAM – Sifat ego dalam soal pembahagian kerusi bagi PRU perlu dihindari bagi memastikan kemenangan milik Pakatan Harapan.Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata, parti itu perlu bijak menyusun strategi.

“Suatu ketika dahulu sewaktu kita baru menubuhkan parti, Pas dan DAP memberikan kerusi untuk kita bertanding. Kerusi yang diberikan kepada kita berdasarkan kekuatan kita dan kita menang.

“Sebab itu untuk rakan baharu pembangkang, (Bersatu) kita (Pakatan Harapan) bincang dan beri kerusi mengikut kekuatan untuk kita menang banyak kerusi,” katanya dalam sesi penggulungan Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12, semalam.

- Advertisement -

Beliau turut menyarankan supaya kepimpinan dan ahli PKR bersedia menghadapi pertandingan pelbagai penjuru pada PRU14 nanti.

“Adakah kita bersedia untuk bertemu dengan banyak penjuru? Kita perlu pastikan kesemua kerusi dikekalkan dan menambah lagi kerusi,” katanya.

Katanya, bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon terbaik sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan pembangkang menang pada PRU14.

- Advertisement -

“Justeru untuk bebaskan Anwar dan jadikan beliau sebagai perdana menteri, pastikan Pakatan Harapan menang,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img