Rezeki pelakon jelita, Fouziah Gous yang disahkan hamil 7 minggu setelah melakukan pemeriksaan kali kedua di hospital. Pada mulanya, doktor tidak mengesahkan dia mengandung malah hanya mengesyaki dirinya menghidap gastrik.
Susulan pemeriksaan kali kedua di hospital swasta, doktor mengesahkan Fouziah Gous hamil dan kini kandungannya sudah genap 14 minggu
Sebelum ini, suami Fouziah Gous, iaitu Zafran pernah mimpi bakal menimang cahaya mata kedua dan tidak sangka mimpi itu menjadi kenyataan dan merupakan petanda berita gembira.