spot_img
spot_img

Polis Melaka Memberi Ruang Seluasnya Buat SPRM

spot_img

Polis Kontinjen Melaka sedia membuka ruang seluas-luasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan secara menyeluruh bagi mengesan jika masih terdapat pegawai dan anggotanya terlibat dalam rasuah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya bersikap terbuka dan sedia untuk bekerjasama dengan SPRM sehingga siasatan terhadap kes tersebut selesai.

“Saya menghormati badan penguat kuasa seperti SPRM kerana mereka profesional dalam menjalankan tugas dan kita akan menunggu dan menerima apa jua hasil siasatan yang akan diserahkan kepada kepimpinan PDRM (Polis Diraja Malaysia) nanti,” katanya.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Seminar Usahawan Keluarga Polis yang dirasmikan Pengerusi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Tan Sri Mohd Ali Rustam di Kuarters Polis Seri Temenggong dekat Melaka hari ini.

Sebelum ini, seramai tujuh pegawai dan anggota polis Kontinjen Melaka ditahan berhubung kes rasuah bagi melindungi pusat judi haram serta rumah urut di sekitar negeri ini.

Abdul Jalil berkata perkara yang berlaku dalam beberapa hari ini tidak mematikan semangat pegawai dan anggota polis Melaka untuk terus menabur bakti kepada masyarakat.

- Advertisement -

Katanya beliau akan menguatkan lagi kawalan disiplin setiap pegawai dan anggota dengan mengunakan kaedah kerohanian bagi membentuk petugas yang mempunyai disiplin diri yang tinggi dan tidak mudah tergugat dengan unsur negatif semasa bertugas.

“Saya juga mengalu-alukan kerjasama masyarakat setempat dan juga badan bukan kerajaan (NGO) dalam memberi pandangan kepada Polis Kontinjen Melaka bagi meningkatkan integriti pegawai dan anggota,” katanya.

-Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img