spot_img
spot_img

3A PKR Vs. 3D UMNO

spot_img

SHAH ALAM – PKR ada 3A dalam mengharungi tohmahan dan fitnah pihak kerajaan apatah lagi PRU yang akan tiba tidak lama lagi.

Naib Ketua AMK, Fahmi Fadzil berkata, ‘A’ itu adalah Anwar (Ketua Umum PKR), Azizah (presiden) dan Azmin (timbalan).

Menurutnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun keluar masuk mahkamah, tapi setiap kali bertemu beliau sempat bertanyakan khabar walaupun dalam keadaan tidak berapa sihat.

- Advertisement -

“Kenapa kita dalam perjuangan ini? Kita perlu teliti perucapan Anwar.

“Perjuangan kita bukan untuk kedudukan, jawatan exco tapi untuk memartabatkan rakyat dalam perjuangkan isu rakyat,” katanya dalam Kongres Nasional AMK Tahunan ke-12, di IDCC, hari ini.

Manakala, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula adalah presiden parti yang mempunyai sikap lemah lembut dan ikhlas. Beliau banyak tabur budi kepada parti dan keperibadiannya perlu dicontohi.

- Advertisement -

Tambahnya, bagi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula, beliau menunjukkan bahawa beliau mengambil-alih teraju Selangor dengan Keadilan mampu mentadbir sebuah negeri.

Dalam pada itu,beliau menekankan taktik musuh dalam menyaingi pembangkang.

Katanya, mereka menggunakan 3D iaitu duit, dakyah dan dalih.

“Duit yang ditunjuk musuh ini bukannya jumlah kecil, kerana jumlah itu mampu menggugat. Malah dakyah ini digunakan mereka dengan dilihat membeli aset di media sosial sekali gus memaparkan kebaikan mereka.

“Dalih baru-baru kita saksikan satu tamparan hebat terhadap Wawasan 2020 dengan TN50. Bila tidak boleh capai Wawasan 2020 terpaksa anjakkan lagi beberapa tahun.

“Jika nak buat, buat sahaja, kenapa perlu berdalih lagi,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img