spot_img
spot_img

Pembahagian Kerusi HARAPAN Di Johor Belum Muktamad

spot_img

Pembahagian kerusi pilihan raya di Johor bagi pilihan raya omum akan datang dalam kalangan parti yang menganggotai Pakatan Harapan (HARAPAN) masih belum dimuktamadkan walaupun terdapat perbincangan mengenainya semalam, kata Presiden Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita hanya bincang secara prinsip, namun, tiada keputusan dibuat kerana urusan berkenaan sedang dibuat di peringkat pusat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas antara pimpinan HARAPAN Johor di Johor Bahru semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub; Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong; Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan dan Pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul Karim.

- Advertisement -

Muhyiddin berkata menerusi mesyuarat semalam juga, HARAPAN Johor bersetuju menubuhkan majlis pengerusi-pengerusi HARAPAN Johor yang dianggotai pengerusi keempat-empat parti berkenaan, sekali gus berperanan membincangkan strategi dan program yang akan diatur bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Berikutan kecenderungan PAS untuk bergerak secara solo dalam pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata , HARAPAN perlu mengatur strategi menghadapi kemungkinan pertandingan lebih daripada dua atau tiga penjuru.

Buat masa ini, HARAPAN dianggotai oleh DAP, PKR, Amanah dan PPBM.

- Advertisement -

Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img