spot_img
spot_img

UMNO Sifatkan Tindakkan PAS Semberono

spot_img

TANAH MERAH – Umno bahagian Tanah Merah menyifatkan bantahan Pas ke atas daftar pemilih dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun bagi Dun Bukit Panau, di sini, sebagai tindakan semberono.

Ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, bukti tindakan sembrono Pas itu dapat dilihat apabila menantu perempuan dan adik iparnya turut menjadi mangsa bantahan Pas.

Katanya, bantahan itu juga menunjukkan tindakan terdesak Pas apabila membantah terhadap sesuatu yang dibenarkan oleh undang-undang dengan pelbagai alasan.

- Advertisement -

“Menantu saya pun mereka (Pas) bantah hingga dia terpaksa balik untuk tunjuk bukti. Ini menunjukkan mereka buat bantahan hanya kerana sekadar nak bantah.

“Memang saya akui kita (Umno) daftar ramai pengundi tapi semuanya ikut undang-undang sebab kita bincang dulu dengan pihak berkenaan sebelum buat kerja,” katanya, semalam.

Mengulas alasan keluarga angkat kepada orang kena bantah (OKB) dalam kalangan anggota Jalinan Rakyat Wanita Umno, Ikmal Hisham berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana mereka juga rakyat Tanah Merah.

- Advertisement -

“Pendaftaran pemilih (baru atau tukar alamat) sebagai anak angkat kepada keluarga angkat di sesuatu kawasan pilihan raya ini dibenarkan, tak kira mereka anggota JR atau tidak.

“Paling penting, apa yang kita lakukan dibenarkan undang-undang, bahkan untuk pendaftaran pemilih sebagai anak angkat, kita ada akuan bersumpah,” jelasnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img