Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bersedia meletak calon jika pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Pujut diadakan, kata presidennya Datuk Dr Sim Kui Hian.
Beliau berkata SUPP tidak akan melepaskan kerusi tersebut yang secara tradisi adalah milik mereka.
Katanya pihaknya akan mengambil langkah seterusnya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan sama ada PRK Pujut akan diadakan atau sebaliknya.
Bernama