spot_img
spot_img

Kebangkitan Masyarakat Siam Satu Petanda Baik

spot_img

PENDANG – Kesedaran serta kebangkitan masyarakat Siam yang inginkan perubahan dalam kepimpinan negara merupakan petanda baik buat Bersatu.

Timbalan Pengerusi Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, berkata beliau tidak menyangka akan sambutan yang sebegini hebat.

“Saya tidak menyangka masyarakat Siam di sini (Pendang) sudahpun sedar akan perlunya mereka untuk mengubah pemimpin sedia ada,” katanya ketika berucap di majlis sembang santai Pakatan Harapan di Titi Akar, Pendang.

- Advertisement -

Katanya, kehadiran masyarakat Siam pada hari ini merupakan petanda baik buat Bersatu yang merupakan parti baharu.

“Bagi saya masyarakat Siam perlu mendapat keistimewaan sebagai bumiputera.

- Advertisement -

“Ketika saya bertugas sebagai Menteri Besar, saya telah meluluskan kuota masyarakat Siam untuk membeli rumah, namun pada hari ini kuota itu telah dimansuhkan oleh kerajaan,” katanya.

Katanya, beliau berasa sangat kecewa dengan tindakan ini yang jelas telah menyukarkan kehidupan masyarakat siam untuk membeli rumah.

“Oleh kerana itu saya nak bagi jaminan, bagilah kemenangan pada kami (Bersatu) dan saya akan letak semula dasar yang pernah kita putuskan dulu agar rumah boleh dibeli masyarakat siam,” ujarnya.

Tambah Mukhriz, ramai dalam kalangan anak masyarakat Siam yang bijak pandai namun tidak boleh meneruskan pengajian kerana masalah kewangan.

“Saya akan pastikan anak-anak ini mendapat kelayakan untuk memohon biasiswa dan sebagainya.

“Kerajaan baharu perlu ditubuhkan bagi membolehkan kesemua faedah dapat dirasai oleh masyarakat siam,” ujarnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img