spot_img
spot_img

Balamurugan Sah Mati Didalam Lokap-Pegawai Perubatan

spot_img

S-Balamurugan-doctor2PUTRAJAYA: Seorang penolong pegawai perubatan hari ini mengesahkan S Balamurugan mati di lokap IPD Klang Utara pada 7 Februari, bukan di sebuah hospital di Klang.
Elleyerance Hamid berkata beliau ke balai polis itu pada 7 Februari 2016 tengah malam.

“Selepas menerima panggilan dari hospital Klang, saya ke ibu pejabat polis Klang Utara.

“Saya dibawa ke sel di mana saya nampak Balamurugan atas lantai.

- Advertisement -

“Saya ikut prosedur. Pertama sekali saya panggil namanya. Tiada respon. Saya mula memeriksa beliau. Saya periksa nadinya. Tiada nadi.

“Tubuhnya kaku dan sejuk. Anak mata kembang. Saya nampak darah dari mulutnya,” katanya.

Selepas pemeriksaan, beliau keluar dari sel dan mengesahkan kepada polis tahanan sudah meninggal dunia.

- Advertisement -

Elleyerance memberitahu kejadian itu di pendengaran awam yang dijalankan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di sini hari ini.

Beliau kemudian mengisi “tiada tanda-tanda hidup” pada borang dan menghubungi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, untuk memaklumkan mereka Balamurugan sudah meninggal dunia.
Beliau tidak memeriksa bahagian lain pada tubuh Balamurugan kerana tidak mahu mengganggu bukti.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan Balamurugan memakai pakaian lokap warna ungu dan terbaring di tengah sel semasa dia melihat tubuh itu.

Gambar yang ditayangkan pada skrin semasa pendengaran menunjukkan Balamurugan memakai seluar pendek warna ungu dan terbaring berdekatan jeriji sel.

Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam bertanyakan adakah Balamurugan memakai pakaian dan adakah beliau terbaring berdekatan jeriji semasa Elleyerance mula tiba di sel itu.

Pada hari pertama pendengaran awam 15 Mei lepas, isteri Balamurugan, Natthanan Yoochomsuk, 38, berkata polis memberitahu beliau pada 8 Februari 6.00 pagi bahawa suaminya dihantar ke hospital kerana kemalangan.

Pendengaran 4 hari berakhir esok. Set kedua pendengaran akan diadakan pada Jun.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img