spot_img
spot_img

Tidak Perlu Bekerjasama Dengan Parti Komunis

spot_img

KUALA LUMPUR: Perkasa tiada masalah jika hubungan dengan China dibuat atas dasar “kerajaan-dengan-kerajaan”, tetapi membantah keras apabila melibatkan Parti Komunis China (CPC) yang memerintah negara itu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana hubungan antara kerajaan hanya melibatkan aspek ekonomi dan pelaburan, manakala hubungan antara parti dikhuatiri turut melibatkan ideologi komunisme.

- Advertisement -

“Kita sedia maklum Malaysia ada hubungan dengan China dari segi ‘kerajaan-dengan-kerajaan’, banyak pelaburan. Tetapi tiada kaitan dengan urusan politik,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Perkasa hari ini.

Pada 4 Mei lalu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menemani Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke China berkata, parti itu akan bekerjasama dengan CPC dalam aspek kebudayaan, pendidikan dan latihan kader.

Ibrahim mengambil contoh hubungan antara kerajaan Malaysia dan Iran yang tidak pernah melibatkan fahaman Syiah negara itu memandangkan Malaysia berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

- Advertisement -

“Adakah CCP ingin bertapak di Malaysia melalui MCA? Ini adalah parti politik dengan ideologi komunis,” katanya.

Justeru Ibrahim berkata, Perkasa akan menghantar surat rasmi kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri, ketua polis negara, ketua pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung perkara ini.

“Apakah pendirian kerajaan Malaysia dari aspek dasar dan keselamatan? Adakah parti politik tempatan bekerjasama dengan Parti Komunis China, sedangkan dahulu kita haramkan Parti Komunis Malaya,” katanya.

Semalam, Perkasa meluahkan kebimbangan anasir komunisme akan meresap melalui kerjasama pendidikan dan menyifatkan MCA sebagai “musuh dalam selimut”.

Perkara itu dinafikan Ketua Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyifatkan pendidikan lebih dalam aspek kemahiran dan teknologi, serta membidas Perkasa kerana membisu berhubung tindakan Umno menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan CPC pada 2010.

Mengulas kenyataan itu, Ibrahim berkata kerjasama pendidikan itu sepatutnya dibuat antara kerajaan kedua-dua negara.
Berhubung hubungan Umno dan CPC, beliau tidak tahu tentang perkara itu dan menggesa Tengku Adnan Mansor selaku wakil Umno yang menandatanganinya menjelaskan perkara itu bagi mengelakkan kekeliruan.

“Setakat ini saya tidak dengar ada program bersama antara Umno dan CPC, kecuali wakilnya dijemput ke Perhimpunan Agung Umno.

“Kalau ada program latihan (melibatkan komunisme), saya yakin ia adalah penamat kepada Umno,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img