spot_img
spot_img

Pihak Istana Masih Menunggu Jawapan MB

spot_img

SHAH ALAM – Istana Selangor mengesahkan masih tidak mendapat maklumat secara rasmi berkenaan kedudukan tiga exco Pas dalam Kerajaan Selangor daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, setakat ini kedudukan barisan exco kerajaan negeri masih status quo sehinggalah Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Sehingga saat ini juga, pihak istana tidak menerima apa-apa surat rasmi daripada kerajaan negeri. Saya difahamkan Mohamed Azmin sekarang berada di luar negara,” katanya.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah Sultan Selangor sudah dimaklumkan mengenai kedudukan exco kerajaan negeri Selangor rentetan Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Difahamkan Mohamed Azmin berada di Belgium atas urusan rasmi dan dijangka pulang Ahad ini.

Kelmarin, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, hanya Sultan Selangor boleh mengarahkan tiga exco Pas berkenaanmeletakkan jawatan.

- Advertisement -

Beliau dilaporkan berkata, Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib akan kekal memegang jawatan selagi diperkenan sultan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media sama turut mengesahkan parti itu tidak menerima sebarang makluman rasmi mengenai arahan agar exco mereka letak jawatan.

Sebelum ini, beberapa media arus perdana melaporkan Mohamed Azmin mengarahkan exco Pas meletakkan jawatan namun dinafikan ketiga-tiganya.

Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan menegaskan bahawa jawatan exco yang disandang oleh ahli Pas dalam kerajaan negeri Selangor tidak boleh dilucutkan dengan mudah kerana mereka diikat dengan bai’ah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img