Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
spot_img
spot_img

Bukan Semberono,Kita Ada Fakta-Tariq Ismail

spot_img

Semenjak dua menjak ni, jentera kerajaan kuat melemparkan tuduhan bahawa pembangkang dah tak ada modal nak menakutkan rakyat supaya berpaling tadah terhadap BN, melainkan dengan menggembar-gemburkan bahawa Malaysia sebuah negara gagal. Mereka kata kononnya kami ini menyebarkan dakyah bahawa Malaysia akan bankrap, dan kononnya kami menakut-nakutkan rakyat dengan menuduh kerajaan menjual negara kepada China sedangkan China cuma membuat pelaburan sahaja.

Sebenarnya kami tak berkata Malaysia negara gagal. Kami tak kata negara akan bankrap. Kami cuma menjalankan tugas kami dengan membentangkan fakta-fakta berkenaan hal negara.

 

- Advertisement -

Beberapa bulan lalu, saya menimbulkan persoalan mengenai pelaburan dari China dan jika ia memberi manfaat kepada ekonomi negara. Sememang yang diwar-warkan dengan projek-projek pembangunan membabitkan kerajaan China adalah manfaat ekonomi yang begitu hebat dan sukar ditandingi oleh mana-mana pihak lain. Tetapi adakah kita tahu dengan telus dan terang apa manfaat yang seharusnya dinikmati rakyat Malaysia?

Semasa ucapan saya di Putrajaya pada bulan Januari saya bertanya secara khusus berkenaan projek di Johor-

“Pekerjaan bagi rakyat tempatan atau warga China?”

- Advertisement -

Sudah ternyata berikutan laporan Malaysiakini bertarikh 9 Mei 2017, terdapat beribu-ribu pekerja asing tanpa izin daripada negara China di projek di Johor. Kami memang ada menasihati Kerajaan Negeri bahawa kami mengesyaki kejadian ini berleluasa. Sekarang ini, saya ingin mencabar Kerajaan Negeri supaya menyahut cabaran kami agar menyokong saranan kami untuk mengulas dasar kerajaan berkenaan pengambilan pekerja asing dan menguatkuasakan kawalan lebih ketat ke atas pengambilan pekerja-pekerja dari negara China untuk projek-projek tempatan.

Ini baru isu berkenaan pekerja bagi projek Forest City. Bagaimana pula projek mega lain yang dikendalikan pihak dari negara China?

Gambar Bernama

Kita harus ingat strategi politik China di mana dengan strategi “One Belt, One Road”, ini akan menghubungkan negara China dengan terus, merangkumi seluruh Asia Tenggara.

Di dalam semua ini, kita harus juga ambilkira bahawa negara China adalah negara berideologi Sosialis/Komunis. Di sini kita harus bertanya, apakah ideologi negara Malaysia? Ini penting kerana apa yang kita putuskan ini akan mewarnai strategi hubungan luar Malaysia, termasuk dalam membenarkan sewenang-wenangnya unsur ideologi bertentangan menguasai ekonomi dan kehidupan sosial Malaysia. Bukankah kita patut mengimbangi unsur-unsur sedemikian?

Kita harus ingat, negara yang tergadai akan melupuskan maruah kita semua. Jangan kita terlalu ghairah mengayakan pihak tertentu, jika akhirnya kita akan kepapaan maruah kita.

Tariq Ismail
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img