spot_img
spot_img

UMNO Johor Isyaratkan Tandus Pemimpin-PKR

spot_img

Pendirian Umno Johor yang masih mahu Tan Sri Shahrir Samad mempertimbangkan keputusannya enggan bertanding lagi dalam piihan raya membayangkan parti itu ketandusan pemimpin, kata PKR.

Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim, berkata ia dapat dilihat kepada cara Umno negeri itu merayu Shahrir agak mempertimbangkan pendirian yang sudah dinyatakannya beberapa kali sebelum ini.

“Ternyata Umno kini keresahan dan ketandusan pemimpin dengan kebangkitan rakyat yang mula berubah arah menyokong Pakatan Harapan di Johor.

- Advertisement -

“Tiada calon lainkah yang boleh diketengahkan di Johor Bahru?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Shahrir pernah menyatakan hasratnya untuk tidak menjadi wakil rakyat bagi Johor Bahru beberapa kali. Antaranya pada September 2007 dengan memberikan faktor umur sebagai alasannya.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum (PRU) yang diadakan setahun kemudian, Umno tetap mencalonkannya di kerusi berkenaan dan beliau menang mengalahkan Hassan dengan majoriti 25,349 undi.

- Advertisement -

Pada Mac 2016, Shahrir sekali lagi membayangkan hajatnya untuk tidak terlibat dalam pilihan raya selepas lebih 40 tahun bergelumang dalam dunia politik..

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU ke-14 nanti, Shahrir berkata, beliau berharap tidak lagi dan enggan menjadi seperti veteran DAP Lim Kit Siang.

“Anda fikir saya akan menjadi ahli politik seumur hidup?” kata bekas setiausaha politik Tun Musa Hitam itu.

PILIH CALON TERBAIK

Beliau mula bertanding – dan menang – di Johor Bahru pada PRU kelima (1978).

Shahrir yang pernah berkhidmat sebagai menteri memang nama yang besar dalam Umno.

Ketika ahli politik lain sukar mencatat kemenangan jika bertanding sebagai calon bebas dalam mana-mana pilihan raya, Shahrir, 68, menafikan kelaziman itu.

Selepas meletakkan jawatan sebagai anggota parlimen Johor Bahru pada 1988 – ekoran krisis Umno ketika itu – beliau kembali menguasai kerusi berkenaan sebagai calon bebas.

Pada PRU ke-13 lalu Shahrir memenangi kerusi Johor Bahru mengalahkan calon PKR, Md Hashim bin Hussein, dengan majoriti 10,134 undi.

Semalam BH Online melaporkan, Setiausaha Perhubungan Umno Johor, Datuk Md Jais Sarday, berkata meminta Shahrir pertimbangkan hasratnya untuk tidak lagi bertanding.

Md Jais menjelaskan, ia adalah untuk menjaga kelangsungan parti, selain Umno kini dikatakannya perlukan banyak idea dan sentuhan pemimpin seperti Shahrir.

Hassan berkata, Umno Johor kini kelihatan buntu dan memberi isyarat bahawa mereka tidak konsisten dengan proses transformasi dipelopori oleh presiden parti itu sendiri.

Pada masa sama, katanya, PKR Johor akan memastikan mereka menurunkan calon muda – sekurang-kurangnya 30 peratus – seiring dengan hasrat parti itu yang bersifat inklusif.

“Apa yang penting ialah barisan calon PKR untuk penggal akan datang mestilah yang terbaik, tidak dibelenggu dengan kemelut peribadi dan mengutamakan permasalahan rakyat,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img