spot_img
spot_img

Tun M : Jasa Yang Tidak Boleh Umno Padam

spot_img

Dalam mana-mana sejarah sesebuah bangsa yang panjang, untuk melahirkan seorang jutawan, agamawan, angkasawan, ilmuan mahupun seniman menjadi sesuatu yang boleh di kecapi dalam tempoh 10 atau 20 tahun. Tetapi, bagi melahirkan seorang Negarawan, ia akan mengambil masa 200 TAHUN, atau SEORANG sahaja bagi sesebuah negara.

Negarawan yang diangkat ini sudah pastinya sangat berjasa kepada sesebuah negara dan jasanya kadangkala tidak nampak dimata, tetapi dapat dinikmati oleh semua rakyat. Di ibarat seperti udara, jasa udara ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi menjadi sesuatu yang amat berharga buat semua manusia. Inilah contoh “Jasa” seorang negarawan, tanpa beliau, Negara tidak akan menikmati apa yang mereka nikmati kini.

Sejarah dunia turut menjadi bukti apabila Nelson Mandela adalah individu yang menyatukan dua warna kulit menjadi satu di Afrika Selatan. Menjadi Presiden kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan, beliau mampu membentuk satu pemikiran bahawa warna kulit tidak menjadi pemisah bagi suatu bangsa.

- Advertisement -

Mahatma Ghandi lebih hebat jasanya. Memimpin ratusan juta rakyat india menuntut suatu perkara yang sama. Jasanya dalam mengajak bangsa india untuk bermimpi bahawa kemerdekaan negara sebenarnya bukan lagi menjadi fantasi di bumi india.

Dua tokoh ini diangkat sebagai negarawan bagi negara mereka sehinggakan rakyat india percaya, pastinya tiada lagi “Mahatma Ghandi” yang kedua.

- Advertisement -

Dalam artikel ini tidak berfokus kepada senarai jasa-jasa yang telah dilakukan. Artikel ini cuba mengajak rakyat Malaysia untuk lebih terbuka dalam menilai sesebuah jasa. Jasa yang mampu mengangkat seorang pemerintah, menjadi NEGARAWAN ulung negara Malaysia. Sekiranya hendak dibandingkan bilangan jasa antara Tun Mahathir dengan perdana menteri Malaysia yang lain akan menjadi tidak adil. Dengan 22 tahun pemerintahan pastinya lebih banyak jasa yang beliau tinggalkan. Kita cuma perlu tahu, “Jasa” yang mana telah mengangkat beliau menjadi seorang Negarawan dan ini adalah jasa yang “Malaysia Tidak Boleh Lupakan”

Penjajahan yang berturut-turut menjadikan bangsa Malaysia sebagai bangsa yang menurut kehendak penjajah. Kita ditekan dengan sistem buatan penjajah, kita ditanam dengan ideologi sosial penjajah, sehinggakan bangsa Malaysia “diatur” dengan dasar pecah dan perintah. Jasa Tun Mahathir Mohamad terhadap Malaysia adalah membentuk “Pemikiran” sesebuah bangsa. Pemikiran ini membentuk kepada pemikiran bangsa yang punyai keyakinan melakukan pelbagai perkara bagi menutup mulut penjajah puaka.

Proses membina pemikiran bangsa inilah menjadikan Tun Mahathir diangkat sebagai seorang Negarawan dan tokoh dunia. Kalimat “Malaysia Boleh” bukan slogan biasa, ia menunjukkan kita mampu melakukan perkara yang mustahil bagi negara dunia ketiga. Bermula dengan “Misi Serbuan Subuh”, diteruskan dengan Dasar Pandang Ke timur, ini adalah langkah pertama Tun Mahathir membentuk pemikiran “kita boleh”. Walaupun kita kecil dimata dunia, Tun M mahu tunjukkan yang Malaysia sudah ada “Daulat”. Bangsa Malaysia boleh lakukanya.

Binaan-binaan, dan projek-projek yang bukan menjadi keperluan di masa tersebut, telah siap dibina dan bukan Tun Mahathir sahaja melakukan perkara yang sama. Di era 80-an, Jepun sudah bersedia dengan projek mega “Bullet Train” tetapi di ketika itu memang rakyat tidak perlukan. Namun ia tetap dilakukan kerana ini adalah “Visionary Leader”. Kebolehan seorang pemerintah dalam melihat keperluan masa hadapan. Bertuahnya Malaysia mempunyai pemerintah berkapabiliti “Vision Leader” yang sama.

Natijahnya, wujud Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Syarikat-syarikat Cari Gali, Litar F1 Sepang, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), dan LRT. Semua projek ini memang tidak memberi impak ketika itu, tetapi menguntungkan negara dan bangsa pada 20 tahun kemudian. Ini juga bagi menanam semangat “kita boleh” kepada bangsa Malaysia.

Artikel ini bukan berkonteks politik, ia lebih kepada nilai atau “value” sumbangan terhadap negara. Tun Mahathir mampu membentuk satu pemikiran rakyat Malaysia yang sebenarnya “Kita Boleh”. Walau seburuk mana beliau dikecam kini, yang pastinya “Jasa” ini tidak akan mampu dipadam oleh sesiapa mesikpun UMNO sendiri.

Rakyat Malaysia harus ingat, benda yang paling BERHARGA tetapi tidak boleh dipegang adalah UDARA. Benda yang paling BERHARGA tetapi tidak boleh dipandang adalah JASA.

JASA yang tidak boleh dipadam, mengangkat Tun Mahathir Sebagai Negarawan Ulung Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img