spot_img
spot_img

Menarik! Khasiat Air Garam Untuk Rambut Yang Semua Orang Tak Tahu

spot_img

Seperti yang kita semua tahu, khasiat air garam terbaik adalah daripada laut yang dikatakan dapat menjadi penawar kepada masalah kulit ekstrem, tetapi tahukah anda bahawa air garam juga banyak manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan rambut?

Baru-baru ini, penulis ada menonton satu rancangan kecantikan Korea. Dalam rancangan tersebut, beberapa penggaya rambut (hair stylist) jemputan akan berkongs tips mengenai penjagaan rambut serta teknik-teknik moden penggayaan rambut. Seorang daripada mereka kemudian bertindak menyeburkan campuran air garam ke seluruh bahagian rambut model sebagai satu medium dan rejim sebelum melakukan langkah blow. Hasilnya memang cukup menawan, menambah tekstur pada rambut agar kelihatan bergelombang secara natural.
Ya, air garam bisa menambah seri pada rambut yang lurus seperti kebanyakan orang Asia termasuklah masyarakat berketurunan Cina, Korea dan Jepun kerana rata-ratamereka memiliki rambut semula jadi yanglembut dan lurus… tidak seperti masyarakat Melayu dan India yang kebanyakannya dilahirkan dengan rambut ikal dan tebal.

Ayuh Wanista rungkaikan apa lagi keunikan air garam untuk kecantikan serta kesihatan rambut.

- Advertisement -

#1 Sihatkan Kulit Kepala

Jika anda mandi atau berendam dalam laut sambil membasahkan rambut, air garam laut akan bertindak memulih masalah normal kulit kepala seperti kegatalan dan kelemumur. Ia secara tidak langsung membuatkan kulit kepala berasa lebih segar malah bebas dari iritasi.

Jika selalu dilakukan, masalah kekeringan, kegatalan dan iritasi kulit kepala itu bakal pulih dan kekal buat jangka masa yang panjang. Cubalah!

- Advertisement -

#2 Kaya Vitamin & Mineral

Vitamin dan mineral yang diserap oleh kulit tubuh dan kepala mampu menjadi antibiotik terbaik untuk memulihkan apa sahaja masalah kulit dari jerawat hinggalah kepada psoriasis (sejenis kondisi masalah kulit yang kritikal di mana tumbuhnya tompok merah gatal bahkan kulit menjadi bergerutu dan bersisik). Jangan tak tahu, kulit kepala juga boleh dihinggap masalah jerawat tau?

#3 Menggalak Pertumbuhan Rambut Yang Sihat

Bila air garam atau airlaut itu tadi sudah memulihkan masalah rambut dari dalam, kulit kepala sudah tentu akan menjadi segar dan sihat. Maka, rambut baru yang tumbuh juga bakal menjadi sihat malah lebih kuat daripada sebelumnya. Tiada lagi masalah rambut patah dan keguguran melampau!

#4 Beri Tekstur Gelombang Pada Rambut

Air garam adalah semburan terbaik untuk rambut kerana selain ramuannya yang berasaskan bahan semula jadi bebas kimia, ia juga mampu menghasilkan tekstur rambut bergelombang tanpa perlu menggunakan curling iron secara berlebihan kerana kepanasan melampau akan melemahkan struktur rambut.

P/S : Sila cuci rambut dengan syampu dan air biasa selepas berendam dan membasahkan rambut dengan air laut. Jika tidak, dikhuatiri sisa garam yang melekat pada rambut akan menyebabkan kekusutan seterusnya merosakkan rambut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img