Sumber: einz.my Oleh: Amira
Mungkin masih ramai yang belum tahu yang aplikasi Instagram boleh dibuka menggunakan desktop. Korang boleh buka Instagram sama macam buka Twitter dan Facebook. Bezanya, tak boleh post gambar di Instagram kalau buka di desktop.
Tapi nampaknya sudah ada cara untuk korang pengguna tegar Instagram untuk memuat naik gambar melalui desktop iaitu dengan menukar browser Desktop kepada versi mobile menggunakan User Agent iPhone ataupun iPad.
Caranya begini :
1. Ini menggunakan browser Chrome, tapi caranya tetap sama kalau korang guna Mozilla, Safari, dan sebagainya. Install extension user agent switcher chrome
2. Tekan butang Chrome UA Spoofer pada Chrome toolbar.
3. Kemudian tekan iOS -> iPhone 6
4. Sekarang buka je Instagram di dan korang akan nampak seperti di bawah. Just klik sahaja pada icon camera untuk muat naik gambar di Instagram. Senang kan?