spot_img
spot_img

Teruja Timang Anak, Shaheizy Sam Jenguk Anak Setiap Lima Minit

spot_img

Kerana terlalu gembira menimang cahaya mata pertama semalam, Shaheizy Sam mengaku dirinya menjenguk bayinya setiap lima minit di wad penjagaan bayi. Bukan itu sahaja, malah pasangan itu juga masih belum memikirkan nama yang sesuai untuk bayi sulung mereka kerana terlalu teruja.

“Syatilla selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi menerusi pembedahan. Sam sangat bersyukur kepada Allah kerana kedua-duanya selamat. Isteri bagaimanapun perlu berehat kerana masih lemah. Mungkin kerana Sam sendiri sukakan budak, jadi setiap lima minit sekali Sam akan jenguk anak”

“Sam tak kisah nak kongsi atau menunjukkan gambar anak kerana kami memang ingin berkongsi kegembiraan bersama peminat. Sam juga tidak mempunyai masalah untuk mewujudkan akaun Instagram khas untuk anak kami nanti,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

- Advertisement -

Sementara itu, Sam memberitahu isterinya, Syatilla Melvin akan menjalani proses berpantang selama sebulan di sebuah penjagaan ibu baru bersalin di sini. Dan sudah tentunya, pada saat ini tumpuan mereka akan tertumpu kepada anak sulung lelaki mereka yang baru lahir.

Semalam, Syatilla telah selamat melahirkan bayi seberat 2.7 kilogram itu kira-kira jam 8.50 di Hospital KPJ Ampang Puteri. Berita baik itu turut dikongsi Sam di akaun Instagram untuk tatapan peminat yang banyak mendoakan mereka. Tidak sabar rasanya nak lihat wajah penuh bayi Samtilla!

 

- Advertisement -

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img