spot_img
spot_img

Menang PRU Dulu, Baru Bincang Siapa PM

spot_img

SHAH ALAM – “Siapa jadi perdana menteri, kita tunggu menang PRU dulu,” demikian kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim supaya Tun Dr Mahathir Mohamad turut dinamakan sebagai calon perdana menteri.

Menurutnya, setiap parti dan setiap individu ada daya tarikan serta kekuatan masing-masing.

“Bagi saya kita perlu tumpukan kekuatan dan garapkan semua kekuatan.

- Advertisement -

“Apa itu kepimpinan? Kepimpinan itu keupayaan kita untuk merangsang kekuatan di peringkat negeri dan negara demi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 dan Anugerah Jasamu Dikenang 2017, di SACC, dekat sini, hari ini.

Tambahnya, ini yang perlu dibuat dahulu.

Jelasnya, siapa yang akan menjadi perdana menteri tunggu keputusan PRU akan datang nanti.

- Advertisement -

Selain itu, Mohamed Azmin turut mengulas tentang cadangan Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin mencadangkan supaya segera melakukan rombakan kabinet dengan mengetepikan Pas.

Katanya, beliau menghormati cadangan itu dan semua pihak boleh memberi pandangan.

Namun, beliau menyatakan bahawa kemenangan besar adalah kemenangan rakyat.

“Rakyat yang memilih bukan saya yang memilih, rakyat memilih 15 kerusi untuk Pas, DAP (15) dan PKR (14). Berdasarkan gabungan ini kita bentuk kerajaan dan itu adalah mandat rakyat dan saya akan tunduk kepada rakyat

“Kerajaaan Selangor hari ini terbentuk berdasarkan sokongan majoriti ahli dewan negeri, bukan kepartian. Jadi kita ada 43 Dun yang dibentuk hasil sokongan dan mandat rakyat.

“Ini adalah tanggungjawab saya untuk emnjaga amanah yang diberi rakyat. Saya tak boleh buat pilihan sebab rakyat yang boleh buat pilihan dan rakyat juga beri mandat itu untuk satu penggal sehingga PRU akan datang. Jadi, dalam penggal ini rakyat pilih kita untuk bekerja bukannya bergaduh,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img