spot_img
spot_img

Adakah UMNO Masih Pertahan Melayu?

spot_img

SHAH ALAM – Imej Umno hari ini dilihat cukup berbeza dengan apa yang diperjuangkan ketika tertubuhnya parti itu pada tahun 1946.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata terdapat beberapa isu yang membuatkan parti itu berfikiran sedemikian.

“Pertama, hari ini kita melihatkan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan organisasi yang beridentitikan bumiputera dan Islam terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna yang semakin membarah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, Syed Ibrahim turut mempersoalkan isu ekonomi rakyat Malaysia terutama mengenai jurang kekayaan dalam kalangan bumiputera sendiri.

Syed Ibrahim

“Umno dilihat kurang prihatin dan pengetahuan mengenai isu ini, memandangkan Umno dikatakan lebih tertumpu pada wang dan kuasa dan memandang isu ini sebagai tidak relevan pada masa kini,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau mendakwa Pakatan Harapan mempunyai matlamat dalam membentuk sebuah negara yang memperjuangkan kesemua rakyat Malaysia berasaskan kepada idealisme perjuangan yang tulen dan kesatuan politik yang utuh.

- Advertisement -

“Pendirian teguh Pakatan Harapan iaitu reformasi menyeluruh tata kelola negara berasaskan perlembagaan negara dan prinsip-prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, inklusif dan telus.

“Rakyat dan negara berhak ditadbir jauh lebih baik daripada pemerintah Umno/ BN sekarang. Pembelaan dana bumiputera dan Islam perlu dijamin tanpa menindas mana-mana kaum atau agama apatah lagi mengkayakan kroni,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img