spot_img
spot_img

PAS Perlu Berwaspada Dengan UMNO

spot_img

SHAH ALAM – Pas diminta berhati-hati dan tidak mudah percaya terhadap perubahan sikap Umno yang semakin ‘mesra’ dengan parti itu.

Bekas Senator Umno, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, beliau tahu dan faham motif sebenar Umno berbaik dengan Pas hanya untuk menutup penyelewengan yang dilakukan dan menyelamatkan kedudukan mereka untuk terus berkuasa.

“Saya minta tuan-tuan faham betul-betul kelunakan dan perubahan sikap mereka terhadap Pas hari ini atas motif apa. Saya tahu Saya akui pada awalnya saya mendukung usaha berbaik-baik ini kerana perpaduan dituntut agama kita.

- Advertisement -

“Tetapi setelah semakin jelas ia bukan untuk perpaduan sebenar tetapi untuk dan melakukan lebih banyak rasuah, saya membuat keputusan untuk meninggalkan mereka dan melawan mereka habis-habisan.

“Mereka tidak pernah anggap Pas kawan mereka. Mereka anggap Pas musuh nombor satu mereka kerana mereka faham betul sifir politik bahawa Pas lah yang boleh menggugat kedudukan Umno,” katanya menerusi surat terbuka yang didedahkan hari ini.

Menurutnya lagi, Umno juga faham sifir politik DAP tidak mampu menggugat kedudukan Umno.

- Advertisement -

Jelasnya, yang hanya memberi kesan kepada mereka adalah Pas.

“Maka seluruh perancangan adalah untuk meneutralkan dan melemahkan Pas bukan DAP.

“Golongan (Umno) ini akan menyerang saya macam-macam selepas ini. Saya sudah lali dengan serangan upahan. Saya tiada kepentingan politik,” ujarnya.

Katanya Mohamad Ezam lagi, beliau sebenarnya tidak berminat untuk sertai pilihan raya, namun atas rasa tanggungjawab dan kewajipan moral, hasrat tersebut perlu disambung semula bagi melawan pemimpin tidak bertanggungjawab negara ini.

“Baru-baru ini atas desakan ramai untuk saya kembali ke politik. Saya hanya setuju sebuah parti khusus isu rasuah sahaja. Ia bukan untuk mendapat jawatan dan kuasa tetapi fokus melawan orang berkuasa yang salah guna kuasa.

“Pas parti besar. Sejarahnya panjang. Jangan biarkan nama baik ini di lipatan sejarah pernah bersekongkol dengan sebuah parti pada waktu ia dipimpin oleh pemimpin yang terpalit dengan rasuah yang paling besar dalam sejarah,” katanya lagi.

Sinar Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img