spot_img
spot_img

TN50 Tidak Berhasrat Ubah Dasar Pendidikan

spot_img

GEORGETOWN – Kerajaan tidak berhasrat membuat perubahan terhadap dasar pendidikan negara dalam menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, buat masa ini, kerajaan sedang memfokuskan pengumpulan aspirasi di kalangan generasi muda.

“TN50 tidak menetapkan sebarang perubahan dalam dasar pendidikan negara termasuk kemungkinan melaksanakan sekolah satu aliran pada masa depan.

- Advertisement -

“Buat masa ini, kerajaan di peringkat mendengar aspirasi daripada rakyat walaupun ada yang berpandangan terutamanya oleh generasi muda untuk melihat pelaksanaan sistem sekolah satu aliran,” katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menghadiri Siri Jelajah Dialog TN50 Peringkat Pulau Pinang di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Khairy berkata, siri penjelajahan yang memasuki kali ke-10 ini dilihat paling berjaya kerana dihadiri lebih 3,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat dan kaum.

- Advertisement -

Ia juga berjaya mengumpul lebih 84 aspirasi sepanjang dua jam program berkenaan berlangsung selain mendapat 100,000 penonton Facebook Live.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Dalam pada itu, Khairy turut mengakui terdapat permintaan dari generasi muda berhubung perkara itu.

“Dalam proses mendengar dan pengumpulan aspirasi dari generasi muda yang diadakan setakat ini, memang ada yang meminta supaya diwujudkan sekolah satu aliran dan ada juga yang mahu sistem persekolahan sedia ada dikekalkan.

“Namun buat masa ini, TN50 tidak melibatkan sebarang perubahan dasar pendidikan negara kerana kita masih di peringkat mengumpul sebanyak mungkin aspirasi daripada anak muda termasuk dalam soal dasar pendidikan” katanya.

Beliau menambah, TN50 juga bermatlamat memusnahkan tembok pemisahan kaum yang memisahkan semua kaum di negara ini.

“Aspek perhubungan kaum di kalangan rakyat akan dibawa ke tahap lebih tinggi selari dengan hasrat yang mahu dicapai menerusi cadangan persekolahan satu aliran.

“Selain itu, melalui TN50, kita berharap agar aspek hubungan antara kaum ini mencapai kepada semangat meraikan kepelbagaian kaum, bukan lagi sekadar memupuk semangat toleransi. Itu sebab yang dikatakan, TN50 bukan sahaja satu dokumentasi tetapi akan dipastikan menjadi kenyataan dalam pelaksanaannya dalam tempoh dua hingga lima tahun sekali,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img