spot_img
spot_img

Jawapan Najib Razak Untuk Pembangkang

spot_img

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, parti pembangkang di negara ini tidak mempunyai agenda positif serta tidak boleh dijadikan sandaran oleh rakyat untuk menjamin masa depan negara yang lebih maju dan makmur.

Najib sebaliknya menyifatkan parti dan pemimpin pembangkang sebagai hanya pandai ‘menyerang’ dan mengkritik kerajaan meskipun kritikan mereka selalu tidak masuk akal, tidak waras dan tidak rasional.

- Advertisement -

“Saya bagi contoh. Bila harga minyak petrol naik (disebabkan harga minyak di pasaran antarabangsa naik), mereka kata Perdana Menteri (PM) yang naikkan. Dia (pembangkang) persalahkan siapa? PM.

“Bila harga minyak turun, (pembangkang kata) harga pasaran punya (sebab harga pasaran antrabangsa turun). Itu tak adil. Kalau harga naik, saya kena kutuk, kalau harga turun patutnya saya dapat pujian,” katanya pada majlis Pelancaran Ekspresi Negaraku di Padang Perbandaran Sandakan, di Sandakan, semalam.

Sebagai contoh lagi, kata Najib, apabila kerajaan membawa pelabur China melabur di negara ini, pembangkang tuduh kerajaan menjual kedaulatan negara namun apabila kerajaan mengambil keputusan membatalkan perjanjian pelaburan itu, pembangkang mempertikaikannya pula.

- Advertisement -

Sehubungan itu, kata Najib, rakyat tidak boleh meletakkan harapan kepada parti dan kepemimpinan parti pembangkang kerana perjuangan mereka cuma demi kepentingan politik masing-masing dan bukan untuk masa depan rakyat dan negara.

“(Parti Pembangkang) mana boleh tubuh kerajaan yang stabil. PKR fikir lain. DAP fikir lain. (Tun Dr) Mahathir fikir lain. (Datin Seri) Dr Wan Azizah fikir lain. (Tan Sri) Muhyiddin fikir lain, (Datuk Seri) Shafie fikir lain.

“Tengok kenyataan mereka. Macam-macam kenyataan. Hari ini cakap lain, lusa cakap lain. Itu sebab saya kata mereka ini (pembangkang) pakar U turn,” katanya.

Najib juga mendakwa pembangkang cuba menipu rakyat dengan menjanjikan kononnya jika mereka (pembangkang) berkuasa, mereka akan hapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) selain mempersoalkan ke mana baki RM41 bilion GST yang dikutip kerajaan setiap tahun setelah ditolak RM6 bilion yang diberikan kepada rakyat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Duit yang baki tu pergi ke mana? Pergi kepada pasukan keselamatan kita, ke sekolah kita, kepada guru kita, hospital kita, doktor kita, jururawat, jalan raya, air dan lain-lain lagi semuanya untuk kesejahteraan rakyat,” kata Najib.

– Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img