spot_img
spot_img

“Dulu Logo Amanah Pon Dikecam”-Mat Sabu

spot_img

KUALA LUMPUR – Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan logo Pakatan Harapan yang baharu akan diputuskan pada mesyuarat Presiden Pakatan itu.

Katanya, buat masa ini pihak mereka telah meminta pandangan orang ramai dan pemilihannya akan dibuat sejurus mesyuarat Presiden Pakatan Harapan berlangsung pada masa yang tidak diputuskan lagi.

“Kita akan bermesyuarat dan kita akan pilih yang terbaik.

- Advertisement -

“Pada mesyuarat lalu kita sekadar mengadakan perbincangan,” katanya di sidang medianya di Ibu pejabat Amanah, di sini hari ini.

Sementara mengulas mengenai kritikan netizen berhubung isu logo Pakatan Harapan baru-baru ini, Mohamad berkata ‘itu hanya pandangan orang ramai’.

“Bagi saya logo apa pun tak apa, kerana itu hanya pandangan orang, macam kami Amanah sebelum ini ada orang kata kita ambil daripada televisyen Indialah, tapi sekarang sudah tak ada masalah,” katanya.

- Advertisement -

Katanya lagi , simbol PKR juga dahulu turut dikecam, namun akhirnya dapat diselesaikan dengan baik.

“Simbol PKR di peringkat awal pun begitu juga, tak ada apalah. Simbol ini apa pun boleh, cuma kita minta persetujuan lebih ramailah, itu sahaja,” katanya.

Terdahulu, rentetan daripada isu kecaman netizen berhubung isu logo berkenaan Media Pakatan Harapan tampil ‘membuka jalan’ serta mengalu-alukan cadangan balas reka bentuk logo Pakatan Harapan daripada pihak yang berminat.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, media Pakatan Harapan berkata, tindakan itu diambil setelah mengambil kira dapatan dan pandangan umum berhubung reka bentuk logo Pakatan Harapan yang baharu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img