spot_img
spot_img

Pakatan Harapan: Terima Lebih 130 Logo

spot_img

PETALING JAYA: Lebih 130 cadangan logo Pakatan Harapan diterima dalam tempoh 2 hari, sejak orang ramai dipelawa membantu mereka bentuk logo gabungan itu selepas ia mendapat kritikan netizen.

Menurut laporan Oriental Daily, lebih 130 cadangan logo diterima Pakatan Harapan setakat jam 6 petang tadi.

Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua pereka grafik, artis seni visual dan mereka yang meluangkan masa untuk mereka bentuk logo gabungan itu.

- Advertisement -

Gabungan itu berkata, cadangan yang banyak itu tanda sokongan moral dan minat rakyat terhadap imej, perkembangan dan hala tuju Pakatan Harapan sebagai sebuah pakatan politik menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Orang ramai masih boleh menghantar logo reka bentuk mereka ke logo@pakatanharapan.my sehingga 10 pagi 9 Mei ini.

Tiga reka bentuk logo Pakatan Harapan yang disenarai pendek Majlis Presiden gabungan itu minggu lalu, menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, kebanyakannya tidak bersetuju malah memberikan sindiran tajam.

- Advertisement -

Rabu lalu, 2 daripada 3 logo yang dimuat naik Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ke Facebooknya menunjukkan grafik separa matahari dengan perkataan “Harapan” di bawahnya, masing-masing dengan latar belakang kuning dan merah.

Satu lagi logo menunjukkan gambar ibu jari menuding ke atas (thumbs up) dengan perkataan “Pakatan Harapan”.

Pakatan Harapan merupakan gabungan antara DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ia dijangka menyertai PRU14 menggunakan satu logo, kali pertama pembangkang berbuat demikian dalam sejarah pilihan raya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img