spot_img
spot_img

Jong Un Cuba Dibunuh Musuh?

spot_img

PYONGYANG – KOREA UTARA. Korea Utara mendakwa Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan perisikan Seoul cuba untuk membunuh pemimpinnya, Kim Jong-un dengan senjata kimia.

Menurut agensi berita Yonhap, Pyongyang telah mengancam untuk melancarkan serangan balas ke atas Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Korea Selatan.

“Kumpulan pengganas disokong CIA dan Seoul berjaya menyusup ke sempadan negara itu sebelum cuba membunuh pemimpin diktator terbabit. Beberapa bahan kimia termasuk bahan radioaktif dan nano beracun telah digunakan. Kesannya hanya boleh dilihat selepas enam hingga 12 bulan.

- Advertisement -

“Seorang warga tempatan dikenali sebagai ‘Kim’ menerima wang sogokan daripada CIA untuk membunuh Jong-un ketika perarakan tentera pada 16 April lalu,” jelas laporan itu.

Ia bagaimanapun tidak mengenal pasti kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden itu malah CIA dan Seoul tidak memberi sebarang respons berhubung dakwaan tersebut. – The Telegraph

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img