spot_img
spot_img

Calon BN Wajib Isytihar Harta Sebelum Bertanding-Ku Nan

spot_img

KUALA LUMPUR: Semua calon Barisan Nasional (BN) wajib mengisytiharkan harta masing-masing sebelum diberi “lampu hijau” untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Selain itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, mana-mana ahli parti atau wakil rakyat terpalit skandal dan kes rasuah sama sekali tidak akan dibenarkan bertanding atas tiket BN.

“Saya sendiri turut berbuat demikian (mengisytiharkan harta) sebelum saya menjadi wakil rakyat pada 2004.

- Advertisement -

“Kami akan menyiasat jika ada calon yang dikaitkan dengan rasuah dan sekiranya bebas daripada dakwaan rasuah, kami akan membenarkan calon berkenaan bertanding,” katanya selepas merasmikan Karnival KL Xtravaganza dan pusingan ke-2 Kejohanan SuperMoto Malaysia (MSMC) di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, hari ini.

Tengku Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika diminta mengulas seruan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad kepada parti politik untuk tidak meletakkan calon terbabit kes rasuah pada PRU14.

Khamis lepas, Dzulkifli menegaskan adalah penting untuk parti politik bukan sahaja memilih calon benar-benar bebas daripada sebarang sabitan atau kes rasuah, tetapi pada masa sama menghantar isyarat jelas kepada rakyat, mereka tidak berkompromi dengan rasuah.

- Advertisement -

Terdahulu, Tengku Adnan dalam ucapan perasmiannya berkata, program 2 hari KL Xtravaganza dan MSMC ternyata memberi ruang riadah kepada warga kota pada hujung minggu.

“Lebih 100 artis dan selebriti di bawah Persatuan Karyawan terlibat dalam konsert KL Xtravaganza pada malam ini dan penglibatan 50 pelumba dalam MSMC ini,” katanya.

Katanya, kejohanan tempatan seperti MSMC ini turut akan mencungkil bakat penunggang muda berkualiti dalam kemahiran menunggang, etika dan keselamatan di atas trek dan jalan raya.

“Ia sekali gus menggalakkan golongan muda menyertai sukan permotoran di platform disediakan dan mengelak risiko keselamatan dengan berlumba haram di jalanan,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img