spot_img
spot_img

BN Gagal Tunaikan Janji Manifesto

spot_img

SHAH ALAM – BN dianggap gagal dalam menunaikan manifesto yang pernah dijanjikan kepada rakyat sebelum memenangi PRU13 lalu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, dalam manifesto terdahulu, kerajaan Umno-BN telah berjanji untuk menurunkan harga kereta namun kebanyakan rakyat pada hari ini masih berhutang untuk tempoh sembilan atau tujuh tahun bagi tujuan tersebut.

“Ini berbeza berbanding negara maju di mana rakyat mereka hanya berhutang untuk tempoh tiga hingga lima tahun disebabkan kemampuan membayar ansuran bulanan lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

- Advertisement -

Selain itu, Saifuddin berkata, antara kandungan manifesto BN dalam PRU13 lalu adalah bagi meningkatkan kehidupan warga bandar, namun realitinya penduduk di kawasan berkenaan yang berpendapatan rendah masih tinggal di rumah flat yang kurang diselenggarakan.

Lebih malang lagi, beliau mendakwa warga kota terpaksa berdepan kesesakan jalan raya meskipun dengan menaiki pengangkutan awam yang harga tambangnya begitu mahal.

“Tahukah kerajaan BN bahawa masih wujud satu keluarga yang memiliki anak seramai tujuh orang yang terpaksa tinggal berhimpit dalam rumah yang sempit?,” soalnya.

- Advertisement -

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berjanji akan mengurangkan bayaran tol antara bandar sekiranya kerajaan sedia ada terus memerintah selepas PRU13 lalu.

Namun begitu, beliau berkata tambang tol dalam kawasan bandar dilihat telah dinaikkan harga demi memberi keuntungan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

“Malah, akhir-akhir ini berita yang kerap didengari adalah penukaran mod pembayaran, bukannya pemansuhan mahupun pengurangan bayaran tol,” katanya.

Selain itu, Saifuddin turut mempersoalkan mengenai sejauh mana institusi-institusi agama Islam di negara ini bebas menyuarakan pandangan mengenai isu gejala rasuah, tata kelola buruk dan juga perihal ekonomi membabitkan kerajaan persekutuan.

Ujar beliau, laporan Transperancy International menunjukkan bahawa gejala rasuah semakin membarah, bermula dari peringkat atasan politik hingga ke peringkat masyarakat yang membabitkan badan penguatkuasaan.

“Malangnya, kerajaan BN kurang peduli hal ini, bahkan cakna pula mengenai soal wala’ dan juga indeks maqasid syariah yang tidak menyelesaikan masalah besar negara,” katanya.

Tambah beliau, walaupun Kerajaan Persekutuan mempunyai hasil lebih RM220 bilion setahun, iaitu 76 kali ganda berbanding hasil Kerajaan Negeri Selangor, namun janji manifesto mereka hanyalah ibarat projek gajah putih.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img