spot_img
spot_img

Amanat Di Gelang Patah

spot_img

Sebulan sebelum pilihan raya umum lepas pada tahun 2013, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam lawatan simbolik ke Johor Bahru, menggesa pengundi di Gelang Patah menjadikan kawasan itu sebagai ‘kubur’ kepada kerjaya politik Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Pada ulang tahun keempat pilihan raya umum ke-13 malam tadi, Dr Mahathir sekali lagi berada di Gelang Patah, tetapi kali ini beliau menyampaikan mesej yang berbeza.

Dr Mahathir, yang secara peribadi telah mendakwa bertanggungjawab melabelkan imej DAP sebagai parti cauvinis Cina, menerima sambutan seorang bintang di majlis makan malam DAP di Gelang Patah.

- Advertisement -

Malah seorang ahli DAP meminta Dr Mahathir menandatangani gambar berbingkai pemimpin berusia 92 tahun itu, semasa beliau menjadi perdana menteri.

Dalam ucapannya di majlis makan malam kutipan dana itu, Dr Mahathir berharap hadirin akan bermurah hati dalam membantu DAP dan Pakatan Harapan.

Ia adalah satu perubahan peristiwa yang dramatik, hanya dalam satu kitaran pilihan raya dan Dr Mahathir dalam ucapannya, mengakui bahawa masih terdapat pihak yang tidak dapat menerima hakikat itu.

- Advertisement -

Mahathir berkata Lim, yang kini Ahli Parlimen Gelang Patah, telah dikritik kerana bersekutu dengan beliau, yang pernah dianggap sebagai seorang musuh ketat.

“Bagi (sesetengah) orang Cina, Kit Siang telah mengkhianati mereka. Bagi (sesetengah) orang Melayu, saya telah mengkhianati mereka. Tetapi kita tidak mengkhianati sesiapa, kita semua untuk rakyat Malaysia,” kata Mahathir.

Beliau kemudiannya bercakap mengenai bekas partnya, Umno, yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah berubah menjadi sebuah kerajaan kleptokratik.

“Sebab itu saya dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) jadi rakan dalam gabungan Pakatan Harapan.

“Bersama, saya kuat,” katanya.

Mahathir menekankan tentang perlunya bagi semua pihak dalam Pakatan Harapan, termasuk BERSATU, menyokong DAP jika ia parti pilihan untuk bertanding di Gelang Patah dan menggesa DAP dan sekutu lain untuk menyokong BERSATU atau mana-mana parti lain dalam HARAPAN yang bertanding di kawasan lain.

“Selama 60 tahun … pembangkang tidak mampu untuk menang di peringkat persekutuan.

“Tetapi sekarang kita bersama dan kita akan dapat bekerjasama dan menang dalam pilihan raya,” katanya.

Dr Mahathir juga mengulangi bahawa DAP adalah sebuah parti berbilang kaum dan bahawa MCA adalah parti cauvinis Cina.

Beliau juga menjelaskan dakwaannya terhadap DAP pada masa lalu, dengan berkata ianya adalah ‘cara politik’.

“Kerajaan (di bawah saya), pada masa lalu, melabel DAP sebagai cauvinis Cina.

“Itu adalah cara politik – nak menang kita label mereka.

“Dalam kes DAP, ia dianggap sebagai parti cauvinis Cina. Saya pula dipanggil ekstremis (oleh pembangkang),” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, pada realitinya ini adalah tidak benar dan kerana itulah beliau bersedia untuk bekerjasama dengan DAP.

Malaysia Kini

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img