spot_img
spot_img

Ini Sebab Kenapa Rasa Ngilu Ketika Makan Ais

spot_img

Kepala tiba-tiba rasa ngilu semasa makan ais? Ini mungkin anda fahami sebagai respons kejutan sejuk yang diterima saraf di gigi anda disalurkan ke otak. Tetapi isyarat tersebut juga memberi kod lain yang disebut saintis sebagai sphenopalatine ganglioneuralgia.

Otak yang tiba-tiba menggigil beku seperti itu adalah cara tubuh untuk memberi brek, memerintahkan anda pelan-pelan melakukan sesuatu yang membuat otak terkejut, kata ahli saraf dari Wake Forest Baptist Medical Center, Dwayne Godwin, PhD.

“Kebekuan otak sesaat ini adalah sejenis sakit kepala yang muncul dan perginya cepat. Mulut kita, termasuk lidah, sangat kaya dengan pembuluh darah. Itulah mengapa mengukur suhu badan boleh dilakukan melalui mulut. Malangnya, minum minuman sejuk dengan cepat tidak membuat mulut menyerap sejuk dengan baik, “jelasnya.

- Advertisement -

Yang berlaku sebenarnya, kata dr Godwin, apabila makanan atau minuman sejuk ditelan, suhu di belakang tekak berubah dengan cepat. Bahagian tersebut dekat dengan arteri karotoid dalaman yang menghantar darah ke otak dan arteri Celebral anterior yang mana pangkal dari rangkaian otak.

“Satu yang tidak disukai otak adalah perubahan. Jadi kebekuan otak adalah mekanisma untuk menghalang anda melakukan aktiviti yang tidak diingini otak anda,” kata Godwin.

Otak tidak boleh merasakan sakit walaupun mempunyai berjuta-juta saraf, tapi kebekuan otak dilakukan oleh reseptor lapisan luar otak yang dipanggil meninges, di mana dua arteri bertemu. Apabila sejuk menyerang, ini menyebabkan dilasi dan penguncupan arteri-arteri tersebut. Sensasi yang dikeluarkan otak ditafsirkan sebagai rasa sakit.

- Advertisement -

Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah saraf di otak anda membeku, walau hanya sesaat? Sila hentikan minuman sejuk yang menggigit atau letakkan lidah di langit-langit mulut yang hangat untuk menormalkan suhu di dalamnya. Dipetik dari laman ScienceDaily.

Kredit  Aliff Channel.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img