spot_img
spot_img

BERSATU: Senarai Nama Majlis Presiden Belum Muktamad

spot_img

Senarai nama Majlis Presiden Pakatan Harapan masih dirangka, kata Ketua biro strategi dan dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Rais Husin.

Meskipun barisan kepimpinan kanan gabungan itu dincangkan semasa mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan Ahad lalu, beliau menegaskan bahawa senarai itu bukan yang muktamad.

Memandangkan Majlis Tertinggi parti masing-masing perlu membincangkan dan mengesahkan nama-nama itu, senarai akhir dijangkakan dalam tempoh dua minggu lagi.

- Advertisement -

Rais menegaskan bahawa “tiga atau empat orang” tidak boleh menentukan arah hala tuju HARAPAN.

“Kami adalah parti demokratik dengan prinsip demokrasi (tetapi) proses (pengesahan)
tidak dilakukan sebelum senarai itu bocor.

- Advertisement -

“Sehingga masa apabila senarai itu disahkan, barulah kita umumkannya pada sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya kepada Malaysiakini.

Rais berkata adalah penting bagi senarai barisan itu untuk mencerminkan aspirasi rakyat.

“Rakyat mesti menghormati dan yakin dengan senarai nama itu untuk membawa perubahan yang telah dibincangkan.

“Ia mesti adalah barisan betul dengan struktur sepatutnya dan ini belum dimuktamadkan,” katanya.

Pemimpin BERSATU itu mengulas laporan The Malaysian Insight yang memetik sumber yang mendakwa bahawa senarai itu telah dimuktamadkan.

Rais berkata mereka yang bertanggungjawab membocorkan maklumat melakukannya dengan niat jahat untuk menggagalkan perbincangan pakatan pembangkang.

“Mesyuarat itu diadakan secara tertutup, bilangan peserta yang hadir adalah terhad; mereka semua pemimpin kanan. Saya tidak terbayang bahawa ada daripada mereka yang sanggup membocorkan maklumat itu.

“Yang pasti ini dilakukan dengan niat jahat […] Kita percaya perbincangan sensitif seumpama ini mesti diadakan secara tertutup dengan penuh kerahsiaan kerana ini adalah tentang membina kepercayaan di kalangan ahli-ahli gabungan,” katanya.

KABINET BAYANGAN

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata senarai yang dikatakan itu hanya mengandungi nama-nama jawatankuasa pro-tem HARAPAN, yang dibekalkan sebagai memenuhi keperluan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Biasanya untuk senarai jawatankuasa pro-tem, kita hanya boleh menamakan sesiapa sahaja, kita juga boleh menamakan orang kampung atau rakyat biasa, ia adalah okay.

“Tetapi kami dalam HARAPAN serius untuk mendaftarkan gabungan itu jadi kami mengambil keputusan untuk menamakan kepimpinan tertinggi walaupun ia hanya senarai jawatankuasa penaja.

“Ia adalah untuk menunjukkan betapa seriusnya kami supaya ROS tidak mempunyai alasan untuk menolak permohonan kami,” katanya kepada Malaysiakini.

Pemimpin AMANAH itu berkata terpulang kepada orang ramai untuk mentafsir senarai itu sebagai kabinet bayangan HARAPAN.

Salahuddin mengesahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai pengerusi gabungan itu dan wakil-wakil AMANAH dalam jawatankuasa itu, termasuk dirinya, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Setiausaha Agung Anuar Tahir.

Malaysiakini pada Mac lalu melaporkan bahawa HARAPAN bersetuju untuk menamakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat parti.

Wan Azizah, semasa sidang akhbar pada Ahad mengesahkan bahawa pihak HARAPAN memutuskan untuk secara rasmi mendaftarkan gabungan itu dengan ROS dalam masa dua minggu lagi.

 

Malaysia Kini

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img