spot_img
spot_img

Usahawan GEOPARK Di Langkawi

spot_img

Pemahaman komuniti setempat Langkawi tentang konsep geopark sudah mencapai satu tahap yang boleh membuka jalan kepada kelahiran usahawan-usahawan geopark di pulau peranginan ini.

Penasihat Global Geopark Langkawi, Prof Emeritus Datuk Ibrahim Komoo berkata tahap pemahaman ini menandakan konsep ini sudah melepasi gelombang kedua pelaksanaannya.

“Dalam gelombang ketiga ini, mereka (usahawan-usahawan tempatan) sudah mempunyai keupayaan (ekonomi) tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyumbang (kepada pembangunan geopark Langkawi),” katanya ketika ditemui selepas majlis pecah tanah projek Galeri Geopark Telaga Walk di sini, malam tadi.

- Advertisement -

Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Mohd Ekhwan Toriman mewakili Naib Canselor UKM, Prof Datuk Seri Noor Azlan Ghazali menyempurnakan majlis itu bersama-sama pemaju projek, Pengarah GA Properties & Development Sdn Bhd., Azman Ahmad.

Ibrahim berkata pembangunan Galeri Geopark Telaga Walk yang terletak di Jalan Pantai Chenang di sini merupakan usaha pertama oleh seorang usahawan kelahiran Langkawi untuk memulakan aktiviti ekonomi berteraskan konsep geopark.
Langkawi telah diisytiharkan sebagai sebuah Global Geopark oleh Global Geopark Network pada tahun 2007 dan menjadi lokasi pertama untuk memperolehi status itu di Asia Tenggara ketika itu.

Status yang berkuat kuasa selama empat tahun itu diperbaharui pada 2011 dan dikekalkan lagi pada tahun 2015, kali ini dikenali sebagai Geopark Global Langkawi Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO Global Geopark Langkawi).

- Advertisement -

Ibrahim berkata usaha-usaha untuk mendapatkan pengiktirafan itu telah bermula sejak 1996 dan tempoh 10 tahun berikutnya menjadi fasa gelombang pertama kepada pengwujudan geopark di Langkawi.

“Dalam gelombang kedua, kami berjumpa dengan komuniti setempat. Mereka adalah penggerak geopark yang bagus, tetapi mereka memerlukan sokongan dan kami perlu mencari dana untuk menyokong mereka,” katanya.

Bagi mengelak persaingan dalam aktiviti ekonomi geopark yang sedang dilaksanakan di bawah gelombang ketiga ini, beliau berkata setiap usahawan yang terlibat akan dibantu untuk membentuk dan memasarkan produk-produk tersendiri.

Malaysia Dateline

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img