spot_img
spot_img

Tsunami Mahathir: Kerajaan Bakal Tewas PRU 14

spot_img

Pemerintahan Datuk Seri Najib Razak telah memasuki penggal ketiga. PRU 14 pula semakin menghampiri dan Perdana Menteri bakal menghadapai satu tentangan hebat daripada sokongan rakyat terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia dan ia digelar Tsunami Mahathir.

Penganalisis politik iaitu Dr Mazlan Ali, Pensyarah Kanan dari Sekolah Perdana Universiti Teknologi Mara berpandangan kerajaan kini menghadapi fasa yang lemah ekoran pelbagai isu yang timbul membabitkan kos sara hidup rakyat, isu minyak dan skandal terbesar kerajaan iaitu 1MDB.

- Advertisement -

Mahathir dilihat lebih kuat apabila parti kendaliannya BERSATU telah menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai oleh AMANAH, PKR dan DAP. Diramal oleh Dr Mazlan, waktu kondusif untuk menjalankan pilihan raya adalah pada Ogos dan September 2017. Waktu efektif bagi pilihan raya pula apabila dijalankan pada Mac 2018.

“Hari ini situasi tidak memihak kepada perdana menteri dan kerajaan Umno-BN.

“Kalau boleh petunjuk ekonomi, harga minyak, penyelesaian 1MDB dan jika kerajaan boleh buat inisiatif dalam bajet memainkan peranan untuk kerajaan kembali menambat hati rakyat.

- Advertisement -

“Kerajaan ada masa lagi dan saya percaya waktu kondusif antara Ogos dan September tahun ini.

“Jika ia tidak berlaku maka waktu efektif pada Mac tahun hadapan pilihan raya umum akan diadakan.

“Ini kerana cabaran sangat getir dan meletihkan dihadapi oleh perdana menteri kerana tentangan daripada Tun Mahathir dan penyokongnya di kalangan dalam Umno dan gabungan parti dalam Pakatan Harapan kini,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Daripada kajian yang pernah beliau lakukan, Mazlan menjelaskan, sokongan orang Melayu terhadap Dr Mahathir adalah petanda rakyat mahukan perubahan terhadap kerajaan sedia ada.

Petanda-petanda sokongan rakyat terhadap Dr Mahathir dari segi penilaian sains politik, ujarnya lagi, apabila kehadiran ramai penyokong di kalangan orang Melayu yang diluar kelaziman.

“Petanda bahawa rakyat mahukan perubahan apabila kita melihat orang perempuan bawa anak kecil dan ada golongan muda berseluar pendek hadir mendengar ceramah. Petanda ini antaranya dapat dilihat dalam ceramah-ceramah Tun Mahathir.

“Beberapa perhimpunan dilakukan Tun Mahathir di kawasan majoriti pengundi Melayu boleh mencecah 3,000-5,000 orang misalnya di Jerantut, Pasir Puteh dan beberapa kawasan lain.

“Potensi Tun Mahathir ini ‘merbahayakan’ kepada sokongan rakyat terhadap Umno-BN,” ujarnya.

Mazlan berkata sudah pasti kali ini perdana menteri akan lebih berhati-hati kerana potensi Dr Mahathir dalam mencipta tsunami (gelombang rakyat) sebagaimana yang pernah tercetusnya gelombang rakyat pada PRU11 (2008) lalu, apabila lima negeri pernah jatuh ke tangan pembangkang.

“Hari ini sekali lagi gelombang kedua dalam tempoh 10 tahun (2008-2018) akan berlaku. Gelombang kedua lebih hebat – tidak mustahil sekiranya Pakatan Harapan boleh menang pilihan raya dan tidak mustahil Tun Mahathir akan kembali menjadi perdana menteri.

“Ini kerana melihat kepada kepimpinan ketiga-tiga pemimpin parti (PKR,DAP,Amanah) dalam Pakatan Harapan ini tidak ada pemimpin yang lebih berwibawa berbanding Tun Mahathir.

“Tidak mustahil akan tercatat dalam sejarah Tun Mahathir akan kembali menerajui negara- Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak ada peluang jika dia dibebaskan kerana tempoh larangan kekal lima tahun tidak layak untuknya menjadi ahli politik,” ujarnya.

Katanya lagi, walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru (BN,PH,Pas) , BN masih berpeluang untuk kekal kerajaan tetapi ujarnya, tidak mustahil Pakatan Harapan juga boleh membentuk kerajaan tetapi kerugian adalah Pas.

“Kelebihan BN kerana wujudnya persempadanan semula kawasan pilihan raya yang memihak kepada kerajaan.

“Pas pula kena ingat kemenangannya dalam Pakatan Rakyat (PR) dahulu kerana wujudnya anti Umno dikalangan orang Cina yang memberi undi kepada PR.

“Tetapi hari ini jika Pas bersendirian- ibarat kata kalau sebiji buah…Pas hanya tinggal ‘mempuluh’ isi sudah habis.

“Walaupun mereka boleh bertanding kemungkinan akan hilang wang pertaruhan dan berkemungkinan juga akan hilang kerusi yang pernah dimenanginya pada PRU 13 lalu,” ujarnya.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img