Memang bertuah Sufian Suhaimi apabila mendapat kejutan manis, menaiki helikopter sempena sambutan hari jadinya oleh Elfira Loy petang tadi. Bermula dengan sarapan pagi sehingga diajak menaiki helikopter, dan seterusnya tiba di Negeri Sembilan untuk meraikan majlis kejutan hari jadi Sufian.
“Alhamdulillah, saya berjaya ‘mengenakan’ dia. Susah juga sebenarnya hendak mengumpulkan insan rapat dalam hidupnya. Maklumlah, kebanyakannya bukan daripada ibu kota. Pada majlis itu, ada teman pengajiannya dari Terengganu dan Johor. Selain mereka, majlis turut dihadiri adik-beradiknya”
“Apa yang boleh saya cakap, dia memang istimewa. Ketika ini, dia antara lelaki yang rapat dengan saya. Dia datang dalam hidup saya dengan cara baik. Saya dan dirinya cuba menikmati detik ini sebaik mungkin,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai hubungan mesra mereka.
Manakala apabila ditanya mengenai status jejaka itu, Elfira mengakui Sufian mempunyai tempat yang istimewa di dalam hatinya, cuma masing-masing enggan terlalu melabelkannya. Malah Sufian juga menyatakan bahawa kejutan yang dibuat Elfira sangat bermakna buatnya.
Kalau tengok mereka berdua ini memang sangat padan, lagi pula masing-masing masih solo. Memang romantis kejutan yang dibuat Elfira untuk teman istimewanya itu, siap makan ais krim sama-sama lagi.
Kredit : Rotikaya