Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

Dana 1MDB:Rafizi Mengemukakan Penerimanya Lagi

spot_img

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini menamakan tiga pihak yang menurutnya menerima wang berkait 1MDB daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, sambil berkata pendedahannya supaya memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan terhadap perdana menteri.

“(Ia) sebagai tindakan nekad agar SPRM buka semula siasatan terhadap berhubung skandal 1MDB,” kata Rafizi kepada wartawan di badan kaji selidiknya Invoke Malaysia.

Memetik blog “SPRM Insider”, Rafizi menamakan seorang yang menurutnya penasihat kanan Najib, yang menerima sebanyak RM2 juta.

- Advertisement -

Rafizi berkata carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati penasihat itu ada kaitan dengan sebuah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi telefon pintar “Najib Razak” yang dilancarkan Oktober tahun lalu.
Rafizi berkata beliau, yang merupakan rakan sekolahnya dahulu, turut terlibat dalam rundingan menyelesaikan hutang 1MDB dengan IPIC baru-baru ini.

“Sekiranya beliau penerima wang 1MDB, sudah tentu beliau tidak layak terlibat dalam rundingan penyelesaian hutang 1MDB, kerana wujud pertembungan kepentingan,” katanya sambil menyeru pihak tersebut tampil menjawab dakwaan itu.

Pihak kedua dinamakan oleh Rafizi adalah Najib, di mana beliau mendakwa transaksi sebanyak RM449,586.95 berlaku daripada kad kredit di bawah akaun peribadi di Ambank.
Satu lagi transaksi dibuat daripada kad kredit Najib sebanyak RM2,833,147.21, kata Rafizi.

- Advertisement -

Menurutnya, kedua-dua transaksi itu berjumlah RM3.28 juta dibelanjakan dalam hari sama di sebuah kedai barang kemas mewah di Itali.

Beliau mahu Najib tampil menjawab sama ada pembayaran itu berlaku dan untuk siapa.

“Ini soalan mudah. Kerana sudah tentu Najib tidak beli barang kemas di Itali.”

Pihak ketiga yang dinamakan Rafizi ialah Yayasan Al-Abrar, badan yang menganjurkan majlis zikir “Malaysia Bersalawat” di Kuala Lumpur pada 7 Disember, 2013.

Rafizi berkata yayasan tersebut menerima RM5 juta daripada akaun peribadi Najib di Ambank.

Dakwaan Rafizi hari ini hampir sebulan selepas beliau menamakan bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa, menerima sejumlah wang berkait 1MDB.

Nasharuddin bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Rafizi berjanji meneruskan pendedahan lebih ramai pihak yang menerima wang didakwa berasal dari dana 1MDB.

“Supaya SPRM tidak ada pilihan kecuali memberi maklum balas tentang perkara ini. SPRM tidak boleh berdiam diri.

“SPRM perlu berdepan dengan rakyat,” katanya.

Beliau mendakwa maklumat yang diperolehinya adalah sahih dan disemak balik dengan dokumen rasmi siasatan SPRM ke atas 1MDB.

Pada 2015, dokumen siasatan SPRM yang dipetik The Wall Street Journal mendedahkan sejumlah RM2.6 bilion mengalir masuk daripada akaun dan entiti berkait 1MDB ke akaun peribadi milik Najib pada 2013.

Najib bagaimanapun berkata wang tersebut merupakan derma keluarga diraja Arab Saudi kepada Umno untuk menjalankan kempen pilihan raya umum tahun itu.

Siasatan pasukan khas melibatkan SPRM itu bagaimanapun tidak diteruskan selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendapati Najib tidak bersalah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img