spot_img
spot_img

“Dalang” Geng 24 Ditangkap

spot_img

SHAH ALAM: Polis menahan 12 lagi pelajar, yang dipercayai terbabit dalam kegiatan kumpulan kongsi gelap “Geng 24” di sekitar Klang, dalam beberapa tangkapan dari Sabtu lepas hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata mereka yang ditahan itu termasuk dalang berusia 17 tahun, yang menganjurkan majlis meraikan kumpulan kongsi gelap berkenaan di perkarangan sebuah sekolah di Klang, baru-baru ini.

“Dalam tangkapan terbaharu ini, polis menahan pelajar sekolah berusia 16 hingga 17 tahun dengan seorang daripada mereka merupakan dalang yang merancang perayaan geng kongsi gelap itu.

- Advertisement -

“Kita turut merampas beberapa barangan yang mempunyai elemen kongsi gelap termasuk beberapa helai kemeja T yang berlambang swastika serta beberapa keping poster,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang baharu iaitu ACP Wan Rukman Wan Hassan dengan disaksikan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff.
Wan Rukman menggantikan SAC Mohd Sakri Arifin yang memangku jawatan berkenaan sebelum ini.

Fadzil berkata dengan tangkapan terbaharu itu, seramai 53 orang ditahan polis setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kumpulan kongsi gelap berkenaan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

- Advertisement -

“Daripada jumlah keseluruhan itu, hanya tiga yang masih direman manakala selebihnya telah dibebaskan dengan jaminan polis,”katanya.
Pada 20 April lepas, dua video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai anggota “Geng 24” menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang, menjadi tular dalam media sosial.

Susulan itu, polis membuat beberapa siri tangkapan bermula 21 April lepas bagi menjejaki anggota geng kongsi gelap berkenaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img