Biarpun sebelum ini berpendirian tegas enggan membuka akaun Instagram untuk anak yang bakal lahir, namun nampaknya kini Shaheizy Sam berubah fikiran. Menurut Sam, beliau merancang membuka akaun Instagram untuk anaknya yang bakal lahir nanti pada hari pertama kelahirannya
.“Saya merancang untuk membuka laman Instagram peribadi untuk anak pada hari pertama kelahiran kerana sebagai bapa saya nak melihat proses anak membesar. Setidak-tidaknya bila dia sudah dewasa nanti bolehlah dia tengok gambar-gambarnya semasa masih kecil”
“Kewujudan laman sosial bukan bermaksud saya memberi pendedahan kepada anak mengenai dunia hiburan, sebaliknya ia hanyalah ruangan sosial semata. Sebagai public figure, saya tak boleh elak publisiti terhadap kami, saya tak kisah andai anak turut menerima tempias,” katanya kepada m Star Online.
Sementara itu, Sam juga tidak kisah andai anaknya nanti mendapat perhatian media sama seperti anak selebriti lain. Malah Sam juga terbuka andai anaknya mengikut jejak langkah mereka dalam bidang hiburan apabila sudah besar.
Bakal melahirkan bayi pertama dalam masa terdekat ini, Sam turut berkongsi kegembiraannya yang teruja ingin menyambut kehadiran orang baru. Semoga segala persiapan menyambut cahaya mata lelaki akan berjalan dengan lancar dan semoga dipermudahkan segala urusan.
Kredit Rotikaya.