spot_img
spot_img

Polis Pahang Tumpaskan Pengedaran Dadah Bernilai RM350 000

spot_img

KUANTAN: Polis Pahang menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di Kuantan dan Maran dengan merampas dadah dianggarkan bernilai hampir RM350,000 dan menahan 3 lelaki dalam 2 serbuan minggu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Rosli Ab Rahman berkata 2 suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditahan semasa pemeriksaan sebuah kereta di Jalan Lorong Bukit Setongkol pada 9 malam Ahad lepas.

“Hasil pemeriksaan itu, polis menemui dadah jenis heroin seberat 4,529 gram dan syabu seberat 1,208.50 gram yang dianggarkan bernilai hampir RM200,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Pahang hari ini.

- Advertisement -

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah, memperoleh bekalan dadah itu dari Johor.

Dalam serbuan di Maran, Rosli berkata polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun pada 2.15 petang Jumaat lepas di hentian Plaza Tol Chenor Maran dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan berjumlah RM150,000.

“Hasil pemeriksaan kenderaan suspek, polis menemui heroin seberat 3,750.6 gram, syabu (536.87 gram) dan pil erimin 5 (500 biji) serta wang tunai berjumlah RM500.

- Advertisement -

“Polis percaya dadah ini diperoleh dari Kuala Lumpur,” katanya.
Siasatan juga mendapati suspek mempunyai 5 rekod kesalahan.
Ketiga-tiga suspek yang juga positf dadah, ditahan reman seminggu bermula dari tarikh tangkapan mereka.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img