spot_img
spot_img

PAS “Sesat” Dalam Haluan Politik

spot_img

Tindakan PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menunjukkan parti itu ‘sesat’ dalam berpolitik selain ia akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Sebagai bekas sekutu DAP, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menganggap tindakan PAS sebagai tidak masuk akal.

“Jadi di sini, jelaslah PAS dari segi perjuangan politiknya telah sesat jalan dan lupa siapa kawan siapa lawan…sepatutnya musuh utama PAS adalah BN,” katanya kepada pemberita selepas sesi penerangan isu semasa, hari ini.

- Advertisement -

Beliau mengulas kenyataan Perwakilan PAS Pulau Pinang Yusni Mat Piah yang dilaporkan sebagai berkata bahawa BN bukan lagi musuh utama PAS pada PRU-14 sebaliknya ia adalah DAP kerana secara jelas menentang agenda Islam.

Pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden sempena Muktamar PAS Ke-63 di Kedah semalam, Yusni turut menganggap Pakatan Harapan (HARAPAN), yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, sebagai musuh utama parti Islam itu.

- Advertisement -

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata HARAPAN tidak bercadang untuk bertemu dengan kepimpinan PAS bagi membincangkan perkara itu sebaliknya mereka akan terus berusaha memperkukuh pakatan berkenaan.

– Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img