spot_img
spot_img

Iqram Dinzly Mengaku Pergi Clubbing Memakai Serban

spot_img

Tidak berselindung mengenai khabar angin mengenai dirinya hadir ke kelab malam dengan memakai serban yang tersebar baru baru ini, pelakon Iqram Dinzly menjelaskan bahawa apa yang dilakukannya itu tidak mendatangkan sebarang masalah.

“Ya, memang betul saya mengaku ada pergi ke kelab malam di Langkawi. Dengan memakai serban seperti mana yang diperkatakan oleh kolum itu di Pancaindera, ia memang saya. Bukan datang untuk berseronok sangat pun. Saya hanya ingin melihat suasana dan salahkah saya nak rapatkan hubungan dengan sesama manusia?”

“Selagi perkara itu tak melanggar akidah saya sendiri, ia tidak menjadi satu kesalahan besar pun. Saya sebenarnya pelik, kenapa ada pihak nak pertikaikan saya pergi kelab malam? Ramai lagi orang yang kita pergi ke sana untuk minum minuman keras tetapi tak ada yang ambil perhatian pun”

- Advertisement -

“Sebaliknya cerita saya pakai serban pula yang dijaja sampai ke Kuala Lumpur,” jelas Iqram kepada Utusan Online. Malah dia turut berharap agar masyarakat tidak cepat mneghukumnya dengan tanggapan buruk.
Jika dilihat daripada perpsektif lain, mungkin ramai yang kurang senang dengan pemakaian Iqram sedemikian malah banyak lagi lokasi lain untuk berjumpa dan merapatkan hubungan sesama manusia. Apa pun, pastinya empunya diri mengetahui setiap tindak tanduk yang dilakukannya

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img