spot_img
spot_img

Tahfiz : Jakan Singkat Ke Sorga

spot_img

Di Pesta Buku Antarabangsa KL 2017 (PBAKL), aku didatangi seorang teman lama yang kini sudah menjadi pereka fesyen (walaupun belum cukup terkenal). Dia datang membawa anak lelakinya yang berusia 11 tahun. Dia membelikan anaknya lima buah buku tulisanku.

“Min, tak tahu pun kau dah berkahwin dan ada anak bujang. Mana yang lain?” ujarku spontan seraya menandatangani buku-buku tersebut.

“Anak angkat lah. Aku kan tak berkahwin.”

- Advertisement -

Aku agak terdiam dengan jawapan itu. Tetapi tidak membalas apa-apa. Aku bersiap-siap untuk pulang dan menuju ke arah stesen komuter apabila bertembung dengan Zamin sekali lagi. Malam memanjat detik ke pagi.

Zamin mengajakku minum teh tarik. Aku agak penat. Tawar menawar, Zamin memutuskan untuk menghantar aku pulang ke rumah. “Jadinya boleh berbual di dalam kereta.”

Anaknya yang berumur 11 tahun sudah digabungkan dengan sepupu yang kebetulan hadir bersama petang tadi. Jadi kami di dalam kenderaan cuma berdua. Kami bersembang beberapa hal lama. Tup tup. Hening. Bagai ada malaikat melintas di hadapan. Fikiranku menerawang. Aku memang mengetahui temanku itu berkemampuan, makanya aku terlanjur bertanya anaknya bersekolah di mana.

- Advertisement -

“Tahfiz.”

“Tahfiz?” Aku membalas. Mungkin dia menyedari nada suaraku yang berubah, Zamin bertanya pula, “Kenapa? Nak nasihat?”

Aku geleng. Diam. Aku ingin bertanya mengapa. Tetapi aku tidak mahu memulai tengkar dengan teman lama yang jarang-jarang ditemui.

Namun demikian, Zamin sendiri yang menawar jawapannya:

“Ada mafhum sabda Rasulullah saw: ‘Sesiapa membaca al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka’.

Tak silapku riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i. Ada juga hadis lain, daripada Aisyah r.a. Rasulullah saw bersabda, mafhumnya: ‘Jumlah tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu. Itu tak silapku daripada riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim.”

Seolah-olah Zamin sudah menghafal hadis-hadis itu untuk dijadikan hujah kepada sesiapa yang mempertikaikan tindakannya menyekolah anak ke sekolah tahfiz.

Aku tidak membantah. Dalam kepalaku bergeliga untuk menukar topik. Tetapi Zamin kekal menusuk. “Aku ini teruk Zal. Lepas sekolah kau pun tahu perangai aku macam setan. Bila ke Eropah, apa sahaja yang tidak aku cuba. Minum, ronggeng, tonggeng, zina, serba serbi jahat. Inilah ada aset dikurniakan Allah, anak yang aku ambil dari saudara sekampung yang melarat; aku sekolahkan ke tahfiz. Kalau dia lengkap menghafal al-Quran kelak, dia boleh belajar yang lain. Yang dunia-dunia. Fizik, biologi, kimia…apa-apa, fesyen pun boleh. Tetapi lengkapkan al-Quran dan hafal tiga puluh juzuk. Nanti di akhirat dia akan selamat, dan dia juga dapat menyelamatkan aku. Dia akan menebus aku walau dengan dosa-dosa sedia ada agar aku dapat ke syurga.”

Pilihan Editor

141 tahun Seputum dan pertikaman anak Melayu

Penghawa dingin menggigit.

Aku masih diam. Aku menahan diri dari membalas. Aku tahu, sekolah-sekolah tahfiz menjadi trend antara tahun-tahun 1979-1989, satu bentuk “pendidikan Islam”, “madrasah” yang bercambahan di sepanjang sempadan Pakistan-Afghanistan.

Pengisiannya bukan sangat mengenai kesarjanaan. Tidak ada sasaran untuk menghasilkan al Biruni, Ibnu Sina, Al Khawarizmi, apatah lagi al Ghazali. Pencapaian ilmu direndahkan ke tahap yang paling asas – menghafal.

Kemahiran menambah ilmu yang paling tinggi iaitu berfikir secara kritikal ditiadakan kerana obsesi tersebut. Madrasah yang berceratukan di Pakistan dan Afghanistan itulah yang kelak anak-anaknya ditugaskan menjadi mujahidin dan melawan kuasa-kuasa besar.

Anak-anak ini dipupuk dengan doktrin jihad, lingkungan kononnya beragama dan kemudian puncaknya memerangi musuh Islam. Kita semua tahu, madrasah ini kemudian menjadi pembekal gerakan ekstremisme dalam Islam, menumbuhkan Taliban (kumpulan pelajar yang tidak habis pun mengaji) dan didanai Saudi.

Oleh kerana itu dalam sukatan pendidikan madrasah atau tahfiz ini tiada pun pemikiran kritis dan hanya aspek penghafalan al-Quran, kekejangan akal dan pembekuan cara berfikir menjadi lapis-lapis kental dalam fikiran pelajar atau mereka yang menyertai sekolah ini.

Tidaklah menghairankan, kumpulan ini juga merasakan emansipasi wanita dan tuntutan hak untuk bersekolah bagi kanak-kanak perempuan adalah sesuatu yang batil sehingga mensasarkan gadis remaja yang ingin bersekolah seperti Malala Yousafzai.

Benar, aku ada mendengar sekolah-sekolah tahfiz yang dijual secara kreatif untuk memancing ibu-bapa. Silibus al-Quran (konon) disuntik elemen berfikir, ulul albab dan bermacam lagi label yang mereka berikan.

Aku tidak tahu sejauh mana ia benar, lagipun siapakah yang memeriksa? Atau siapakah yang mempunyai autoriti menghitung capai atau tidaknya ulul albab itu, atau siapakah pula yang berhak melakukan audit jika yang mengukurnya itu sendiri dalam kalangan mereka? Apakah kayu ukurnya?

Untukku adalah sesuatu yang dayus sekali seseorang bapa, atau ibu-bapa yang ingin meraih syurga memperalatkan anak-anaknya. Seseorang boleh dan harus masuk syurga dengan kelayakan sendiri.

Tentu aspek syafaat yang menjadi faktor penting untuk keselamatan di akhirat kelak masih dipertimbangkan di dalam Islam. Kita semua Ahlus Sunnah. Dan Ahlus Sunnah menyediakan komponen syafaat itu. Akan tetapi obsesi terhadapnya, dengan hanya menyandarkan syurga dengan cara semudah itu; tanpa usaha lain, amatlah menghibakan.

Kenderaan yang aku tumpangi melepasi tol Sungai Besi. Kereta sudah menyusut dan reda menjelang pukul sepuluh. Zamin kelihatannya tidak berpuas hati kerana aku tidak mahu mengulas atau menegah diri dari membalas.

Cahaya dari lampu jalan di tebing lebuhraya menimpa wajah Zamin yang sedang memandu dan diriku sendiri.

Perlukah aku memberitahu Zamin bahawa kefanatikan terhadap syurga belum tentu membawa kepada syurga. Kefanatikan terhadap syurga (baca: kebenaran) misalnya membawa seorang pengikut khawarij Abdurrahman bin Muljam membunuh Khalifah Keempat, Ali bin Abi Thalib.

Abdurrahman bin Muljam terkenal sebagai penghafaz al Quran, ahli ibadah yakni menghiasi malamnya dengan pelbagai ritual khas selain kaki sembahyang. Dia bukan kaki arak. Tetapi Abdurrahman bin Muljam percaya dia benar. Dia percaya slogan yang dibawanya benar. Dia percaya dia akan beroleh syurga. Dia percaya Saidina Ali salah. Dia percaya orang lain tidak benar. Dia percaya orang lain yang tidak sefikiran akan beroleh neraka. Dia percaya hanya – hanya – dia sahaja yang betul.

Sejak pertempuran Nahrawan (39 H) sumbu fikirnya sudah tidak menyala. Dia merendami pedang yang akan digunakan untuk menghabisi Saidina Ali sejak bulan Syaaban. Dan mengeluarkannya pada malam Jumaat 17 Ramadhan. Maka tanpa rasa apa-apa, sebaliknya kefanatikan, dan obsesi terhadap syurga yang sudah amat menguasainya dia menetak kepala Saidina Ali sehingga maut akhirnya menjemput sepupu dan menantu Rasulullah saw itu.

Penghafal Quran boleh menjadi pembunuh!

Maka menghafaz al-Quran bukan jaminan masuk syurga atau tidak menjadi setan, lagi-lagi kalau tiadanya kemampuan akal bekerja secara waras. Tiadanya lojik jadi pertimbangan selain dalil-dalil al-Quran dan hadis.

Ketika kenderaan menghampiri kawasan kediamanku Zamin masih mengasak agar aku menerbitkan apa-apa pandangan mengenai tindakan menghantar anaknya ke tahfiz.

Oleh kerana Zamin terlalu memaksa, aku hanya bersedia menjawab, “Kalau dalam hal memilih agama pun kita ibu-bapa tak dapat berkuasa atas anak-anak, apatah lagi dalam hal begini. Kita boleh memupuk, mendorong, tetapi memaksa bukan sama sekali jalannya.

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.’ Itu ayat Al-Quran dari surah al Baqarah 256. Aku yakin yang diterima di syurga nanti adalah yang mengamalkan al-Quran. Mengamalkan 30 juzuk itu dalam kehidupan kita sedalam-dalamnya sehingga mendarah daging jauh lebih sulit dari menghafalnya dalam masa dua atau tiga tahun.”

Kereta membelok di kawasan taman perumahan dan menghampiri padang.

“Islam menjadi sebuah peradaban satu masa dulu bukan semata kerana hafal al-Quran tetapi kerana kesungguhan untuk mencipta. Daya inovasi dan sikap progresif umat yang memunculkan pelbagai wacana, jalan dan rekaan.”

Zamin merengus. Dia marah. “Betullah kau dah sesat Zal. Tukang fesyen macam aku pun tahu kau sesat. Kau tu sekadar literature. Kau tak capai pun makam Paulo Coelho de Souza yang terkenal di peringkat antarabangsa. Literature je Zal. Patutlah buku kau kena ban.”

Aku diturunkan beberapa blok dari rumahku. Malam sudah larut. Embun sudah mulai memberat turun. Beberapa ekor anjing menyalak. Aku dipaksa turun. Aku berjalan balik diekori dua anjing yang tidak henti-henti menggonggong. Seakan-akan mencabarku.

Aku hilang sabar dan menoleh, “Boleh pergi tak? Berhenti ikut aku. Al-Quran mengajarku untuk tidak menjerkahmu. Tetapi menyantuni kalian. Kau makhluk aku pun makhluk. Pergilah…aku bukan ada karamah untuk disalak.”

Dua ekor anjing jalanan garang itu entah mengapa serta merta mengongoi lemah.

Kemudian berpaling pergi.

FAISAL TEHRANI pengarang dan felo pengkaji di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang

Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img