spot_img
spot_img

PKR Biadap Atau PAS Terasa Hati?

spot_img

Pembatalan Tahaluf Siyasi atau kerjasama antara PAS dan PKR telah diusulkan didalam Muktamar Pas oleh Perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat, Zulkifli Ismail.

“Saya mewakili dewan ulama PAS pusat dan seluruh dewan-dewan yang lain dan kawasan yang mengemukakan usul ini. Sejarah lalu mencatatkan bahawa PAS telah melaksanakan hubungan tahaluf siyasi dengan berbagai pihak di sepanjang tempuh perjuangan PAS ini.

- Advertisement -

“Maka sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-63, kami mengusulkan supaya tahaluf siyasi antara PAS dan PKR diputus dengan tertakluk kepada Majlis Syura Ulama, kita menyerahkan keputusan untuk memutuskan keputusan usul ini kepada Majlis Syura Ulama,” katanya.

Usul ini dipersetujui oleh seluruh dewan bersandarkan dua perkara yang telah PKR lakukan terhadap PAS. Yang pertama ketika PKR menyokong calon Amanah semasa pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Yang kedua, PKR gagal memberi sokongan terhadap PAS yang mengusulkan pindaan RUU 355.

Tambah Zulkifli lagi, “Dan kenyataan-kenyataan pimpinan PKR secara terbuka yang jelas memperlihatkan keceluparan dan kebiadapan mereka terhadap PAS sekali gus tindakan mereka yang tidak menunjukkan setiakawan,” jelasnya.

- Advertisement -

Syarat Tahlaluf Siasi yang ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama merangkumi 6 perkara dan dilihat PKR telah melanggar 4 daripadanya dan Majlis Syura Ulama sebulat suara memutuskan “persahabatan” ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img