spot_img
spot_img

Kesatuan Eropah Pembuli

spot_img

BEKAS Menteri Kewangan Greece, Yanis Varoufakis dalam satu temu bual akhbar baru-baru ini mengkritik dan menggelar Kesatuan Eropah (EU) sebagai pembuli.

Memetik laporan The Telegraph, Varoufakis berkata demikian bagi mengulas tindakan EU yang cuba campur tangan dalam ketidaktentuan politik di United Kingdom (UK).

Minggu lalu, Presiden Majlis EU, Donald Tusk memberi amaran bahawa masa depan Ireland Utara mesti dibincangkan dalam rundingan Brexit akan datang.

- Advertisement -

Tusk juga dilaporkan sebagai berkata, Dublin perlu mengelak sebarang perbincangan mengenai perjanjian perdagangan dengan UK sehingga terdapat kemajuan dalam melindungi proses damai di Ireland Utara.

“Ini tidak masuk akal. Memang menjadi keutamaan untuk menangani isu-isu sempadan yang timbul daripada Brexit.

- Advertisement -

“Tetapi perkara ini adalah isu dalam UK atau dengan kata lain ia perlu diselesaikan antara London dan Dublin,” katanya.

Terbaharu, Parlimen Eropah menghasilkan resolusi bagi menggesa EU menghentikan penggunaan minyak sayuran dalam biodiesel menjelang 2020 yang didakwa dihasilkan dengan cara yang tidak mampan dan membawa kepada penebangan hutan.

Resolusi itu termasuk minyak sawit.

Jika resolusi ini dikuatkuasakan, ia akan membawa kesan yang amat buruk kepada kepentingan Malaysia, khususnya 600,000 pekebun kecil dan 2.4 juta di Indonesia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img