spot_img
spot_img

Bersatu Tidak Celaru-Tan Sri Muhyiddin Yassin

spot_img

Lengkap nya parti Bersatu dengan perlembagaan,dasar dan juga perjuangan menyangkal segala pertuduhan Presiden Pas bahawa Bersatu adalah parti tidak tentu arah.

Abdul Hadi menyatakan perkara tersebut didalam Muktamar Pas baru-baru ini dimana Presiden Pas itu mengatakan yang Pas tidak akan bersama dengan Bersatu kerana parti itu bercelaru.

- Advertisement -

“Bersatu tak ada ketentuan arah kepimpinan. Tak tahu siapa makmum, siapa imam,” katanya.

Muhyiddin Yassin pula berpendapat, tanggapan Abdul Hadi itu tidak menjadi masalah besar buat Bersatu kerana kerjasama Bersatu bersama Pakatan Harapan semakin baik.

“Bagi saya mungkin presiden Pas tidak mengetahui situasi dan keadaan sebenar yang ada dalam Bersatu,” katanya ketika sidang media mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di sini, hari ini.

- Advertisement -

Beliau berkata, rata-rata penyokong Bersatu juga faham matlamat dan perjuangan yang didukung Bersatu.

“Saya tidak tahu pula mengapa Presiden Pas tidak tahu, mungkin dia yang tak teliti. Dia kata kita celaru, mungkin dia yang celaru.

“Agaknya dia fikir parti kita baru sebab tu dia ada tanggapan sebegitu,” katanya.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img