spot_img
spot_img

Game Changer: 3 Jenama Fenomena “Inspired Perfume”

spot_img

Minyak wangi adalah antara perniagaan yang menjadi kegilaan dalam masyarakat Malaysia kini. Lambakan syarikat yang menghasil kan “inspired perfume” mampu menjana pendapatan sehingga berjuta ringgit.

Tularr.com harini telah mengenal pasti 3 syarikat penjual minyak wangi “inspired perfume” yang memberikan impak besar kepada ekonomi terutama bangsa melayu.

DEXANDRA

- Advertisement -

Menampilkan Nabil Ahmad sebagai duta, jenama perfume ini semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Dilengkapi dengan sistem agen yang mantap, Dexandra mampu menguasai pasaran minyak wangi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Kelebihan Dexandra berbanding jenama yang lain, ia menawarkan ratusan jenama perfume demi memuaskan kehendak rakyat malaysia. Oleh itu, sebut sahaja apa jua jenama minyak wangi, Dexandra pasti ada.

- Advertisement -

Website: dexandra.com

 

AJ DE PARFUM

AJ Perfume menaruhkan Fattah Ammin sebagai duta mereka dan membuka peluang perniagaan yang terancang dan bersistematik buat agen mereka di seluruh negara.

Kekurangan dari segi penawaran jenis perfume, tetapi ketahanan perfume ini dijamin tahan lama. Dilihat Aj Perfume ini sudah boleh menyaingi Dexandra dalam jumlah agent. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada “loffatah” atas kemenangan di AME 2017!

Ig:Ajdeparfum
Website: ajdeparfum.com

 

SUJOUD

Kelainan yang dibawa melaui SULAIMAN dan BALQIS, Sujoud menjadi fenomena dikalangan anak muda apabila tampil dengan “pakej” yang lebih menarik dan “hipster” walaupun baru didalam industri, Sujoud sudah mempunyai 25 master stokis di seluruh negara.

Masih mengekalkan konsep “inspired perfume” Sujoud memfokuskan 10 wangian terbaik didunia bagi lelaki dan wanita. Ini menjadikan ia lebih ekslusive bag penggemar minyak wangi “inspired” ini.

Ig: sujoud.my
Website: sujoud.my

Wartawan tularr.com sempat menemuramah Chief Marketing Officer (CMO) Sujoud.my, En Azzairi Rosle yang mengulas tentang perkembangan perniagaan minyak wangi di Malaysia.

“Rakyat Malaysia kini sangat kreatif. Bermula dengan “angle” pemasaran, teknik “closing”, dan penjenamaan syarikat, semuanya terpaksa untuk bersaing sesama sendiri dan sekaligus ekonomi akan dijana dengan baik kerana ini adalah produk tempatan, dari anak tempatan, kepada rakyat tempatan”.

Tambah beliau lagi “Inspired perfume kini merupakan sebuah cabang industri minyak wangi yang semakin mekar. Tidak dinafikan persaingan dalam industri ini adalah cukup sengit, namun, prospek perniagaan ini adalah sangat besar. Kami percaya menerusi pelan pemasaran yang sistematik dan pakej ejen yang sangat menarik, jenama Sujoud akan menjadi antara permain terbesar dalam jndustri inspired perfume ini”.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img