spot_img
spot_img

3 Cabaran Ekonomi Untuk Umat Islam-PAS

spot_img

Pas mendakwa pembinaan ekonomi haruslah berteraskan acuan Islam kerana jika tidak, majoriti rakyat Islam akan berakhir dengan kegagalan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata terdapat tiga cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia dari aspek tersebut.

“Pertama ialah kelemahan kita sendiri di mana kita berdepan dengan ketidakyakinan kita sendiri terhadap penyelesaian sistem ekonomi Islam.

- Advertisement -

“Kedua, kita belum sepenuhnya menggali, mengolah dan memberikan cadangan yang benar-benar difahami dan praktikal serta dapat diterima oleh masyarakat negara.
“Ketiga, kita teruja dengan pembangunan ekonomi Barat dan Timur tetapi kita gagal memasukkan nilai akhlak dan ibadah dalam melaksanakan aktiviti ekonomi,” katanya sewaktu ucapan dasar Perasmian Muktamar kali ke-63 di Kota Sarang Semut.

Tambahnya lagi, Pas berusaha untuk mengemukakan pandangan membangunkan ekonomi masyarakat dan negara berasaskan Islam.

“Satu jawatankuasa akan dikembangkan di kalangan rakyat dan berbagai pihak.

- Advertisement -

“Selain itu, idea-idea yang diperkembangkan pula mestilah praktikal dan mampu dicapai dalam meringankan masalah ekonomi rakyat,” katanya lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img